Bukan la bermaksud aku tak sayang dia ke apa. Bagi aku, kalau dia sayang aku, dia takkan buat tu semua, dia akan fikir panjang. Dah besar kan, dah boleh berfikir. Plus la ni dah ada anak. Tak boleh la nak berlagak hidup macam orang bujang. Kalau dulu boleh la kau keluar balik lewat malam lepak-lepak ke apa semua. Tapi sekarang, tanggungjawab dah lain. Nak kena fikir lampin susu anak semua. Haha semua pun anak? Sape suruh nak beranak? :p Btw, sejak ada Ayra ni memang aku rasa aku bercakap dengan Wan bila perlu je. Huahuahua. Hyperbola, takdela ketahap mcm tu sekali, cuma masa untuk berdua mcm dah takde, baru nak bercakap itu ini, eh budak kecik dah eek eek begitu. Hahaha. Yang aku pulak hati tak kering, anak bunyik sikit dah cuak :p Memang anak jela 24jam. Haha. Sampai nak berak pun bawak anak sekali masuk jamban, kau mampu? Huahuahua. Time tu Abah pergi sembahyang jumaat, so memang aku alone gila kat rumah, si kenit lak mata terbuntang je, aku memang dah tak tahan.. so begitu lah :p Haha. Macam-macam. Eh apa lak cerita pasal ni :/
Haaaa sambung balik, gila apa kalau aku tak sayang Wan. Dah nak dua tahun aku dengan dia. Kiranya kalau dia pakai sari pun aku boleh kenal. Haha. Perangai dia semua dalam poket aku. Aku dah faham, apa yang buat dia marah, apa yang buat dia moody semua. Tapi kekadang saje je buat-buat tak faham. Haha. Protes. Benda kecik pun boleh je buat dia moody. Nasib baik laaa aku ni manusia yang jenis penyabar, eh penyabar ke? Kalau dia dapat perempuan yang kepala batu, memang sehari je boleh tahan dengan dia. Hahaha.
Aku ni bukan jenis manusia yang cemburu. Normal la jeles sesikit, tapi takdela tahap cemburu buta. Sampai semua benda nak dicek. Haha. And aku memang tak pernah nak spot cek harta-harta Wan pun. Wah kelass sebut harta, macam orang kaya pulak. Ntah, bukan la takde rasa nak tahu dia call sape, sms sape, whsap sape, online dgn sape, keluar dgn sape, and and sape-sape lah. Tapi buatnya kalau aku dapat tahu dia dengan wanita lain, haha. So aku jugak yang sakit hati kan? Even kawan-kawan ke apa. So better la aku buat donno je. Tapi kalau anak menangis.. kau sibuk jugak dgn ipone, memang aku rasa nak campak je ipone tu! Hahaha. Dahla handpone aku rosak T__T Pakai jela handpone nokia yang ada torchlight tu. Kuikui. Lagiii style :s Ntah bila mau repair handsettt. Grrr.
Tapi, walau macam mana kita sayang pun, bagi aku........... jangan nak cintaku seratus percent sangat. Jangan nak separuh jiwa, separuh diriku sangat la. Buatnya kalau separuh diri kau tu tinggal kan kau, apa yang kau ada? Dah sudah, badan kau tinggal separuh, macam mana mahu teruskan hidup? Terjun bangunan la jawabnya :p Haha, poyo.
Yes! Mata mengantuk jugak akhirnya. Ayra and Wan dah sampai London dah. ;p Aku baru nak naik kapalterbang. Huahua. Zzzzzzzzzzz. Gudnite!
.
No comments:
Post a Comment