Since aku takde benda nak buat, and aku memang stalker :p Aku google la pasal pengalaman-pengalaman orang bersalin semua, cara nak meneran lah apa lah. Haha. Motif? Ntah, padahal benda tu dah lepas. Haha. Macam menakutkan je baca orang lain punya experience bersalin. Kalau yang senang, seronok la, yang susah tu ha... adoi takut! Haha, kalau aku dulu taktahu la senang ke susah time bersalin, aku rasa senang la kot.. walaupun 16jam tahan sakit. Hahahaha. Tapi sampai sekarang sakit contraction tu aku still ingat, sakit beranak kena jahit tu semua macam takde apalah. Haha. Best okay contraction :p Tetiba dia datang dalam 5 minit mcm tu, terus rasa macam nak jadi hulkhogan. Hahahahahahaha. Adoi, takde makne nak behave semua. Eh aku nangis ke tak eh time tu? Lupa lak. Rasanya tak.. :p Aku cuma ter aghh aghh je kot. Yang aku tahu Wan diam je duduk sebelah aku kat dalam labour room tu. Haha ala mamat tu kalau dia cuak dia jadi diam. Haha, dahla penakut tengok darah. Nasib baik dia tak pengsan dalam LR tu.
Hmm lepas bersalin kan, perut akan jadi laparrr gilaa. Serius lapar nak mampus! Haha aku sampai mengigil-gigil rasa nak pitam sebab lapar. Hahaha. Over :p Lepas makan terus tidur. Tapi takdela tidur mana pun. Kejap-kejap nurse datang dalam bilik tu. Huh! Suruh kencing la, apa la. Haha. Aku punya taknak bangun dari katil sampai aku kencing je atas katil tu. Hahaha. Cuak okay nak berjalan ke bilik air :p Tapi nurse tu cakap kalau nak discharge awal, kena kencing dulu dalam 3 4 kali and bangun ke toilet. Baiklah! Haha. Azab gila nak turun dari katil tu. Kesudahnya aku duduk atas kerusi je, senang aku nak bangun ke toilet. Walaupun toilet tu sekangkang kera je.. Sebenarnya boleh je mintak tolong nurse semua. Tapi aku macam malas la nak susahkan sesape. Aku kan baik hati. Haha. Yang Wan lak, dah terbongkang time tu, nak kejutkan tak sampai hati. Pui, mengelabah. Padahal dalam hati ni rasa nak hempuk-hempuk je kepala dia, boleh lak kau tidur, ni aku beranak ni anak kau. Hahaha. Tapi kesian la, dia pun tak cukup rest buat itu ini.
Nasib baik dia tak suruh berak. Haha. Sebab seminggu lepas beranak pun aku tak berani nak membuang air besar :p Hahaha. Takut okay, takut gila nak meneran semua-semua tu. Even nak kencing pun aku macam ragu-ragu je. Ni kalau kena bilik air yang jenis cangkung, mahu aku kencing/berak berdiri je. Hahaha. Tak senonoh! :p Disebabkan seminggu tak membuang, sure la jadi sembelit. Bila dah sembelit lagi la azabbb kan. Haha rasakan! Time tu baru terhegeh-hegeh nak makan ubat. Haa, lepastu aku makan phytonatal nonaroguy. Terus hilang sembelit. Haha nice. Kalau nak ikutkan kena makan 2-4 biji sehari, tapi since aku makan 1biji pun dah okay, so biarkan jela. Set bersalin NR tu, yang akar herbanika ke apa, yang tu je aku belum guna lagi. Yang lain-lain okay la, paling selalu minyak herbanika tu. Guna untuk kaki kepala ke apa semua. Lenguh-lenguh. Bau serai dah aku. Haha. Krim barut aku guna time pakai bengkung. Oh ye, pakai PB ni buat aku asyik terkentut je. Ahha! Dahla ketat. Yela kalau longgar serupa takyah berbengkung kan. :p
No comments:
Post a Comment