Sepanjang aku kat sini ni, aku takpernah lagi mandikan Ayra. Haha. Tak kira la mandi pagi/petang. Kadang-kadang tu macam rasa menyusahkan orang je, tapi tulah.. yang nak buat bukan orang lain, nenek dia jugak. So biarkan jela. Si Ayra berak pun, aku baru nak pergi ambik diapers lain, sekali nenek dia dah ready nak buat. Jadi? Kerja aku kat rumah ni cuma berehat sahaja. Haha. Takdela rupa macam hantu kak limah dah, dah ada masa banyak nak belek diri sendiri :p
Oh ye, last week aku rasa darah nifas aku macam dah habis, so aku pun dah mandi wajib segala. Tup tup semalam ada pulak darah mengalir? Pelik sangat. Bukan sikit, tapi macam time heavy flow tu. Aku tanya mak aku, dia cakap period. Hm tapi pelik lah, takkan lepas je keluar nifas, dah period pulak? Tapi memang ada rasa sengugut. Kan selalu kalau lepas bersalin, period macam lambat je, and tak teratur? Ntahla. Aku pun dah taktahu. Kita tengok jela berapa lama darah ni keluar. Tapi aku macam yakin, ni period. Haha. Disebabkan simptom muka aku macam berminyak, kusam and sengugut.
Btw, kalau nak diikutkan, esok dah 44 hari. Tapi mak aku cakap, kena pantang sampai 60 hari pulak. Haha. Aku dah merengek-rengek nak makan itu ini. Tapi bab-bab makan ni mak aku strict sikit. Nasib baik ayam goreng boleh makan :p Macam kelmarin, aku teringin nya nak makan pisang goreng. Tapi pisang tu pisang nangka, mak aku kata tak boleh. Puas la aku cakap sikit je pun, tapi tetap tak boleh. Kesudahnya, merajuk masuk bilik makan biskut petak empat segi tu :p HAHAHA. Kecewa tau :p:p Mak aku cakap, etlis..... dalam 6bulan pertama ni, jaga la makan sikit. Eh raya nanti dah cukup 6bulan tak?? Dah kan. Haha matiklah kalau raya tak dapat makan ketupat rendang semua. :p Mahu terjun bangunan. Haha. Mengada.
Lambatnya Ayra nak besarrrrr!!! Haha. Aku tak sabar nak tengok dia berjalan, bercakap, sekolah.. dah boleh buat kawan, shoping sesama, jalan sesama, tahu bf dia siapa, lepastu dia kahwin pulak? Lepastu dia beranak. Eh? Lepastu aku jadi nenek. Lepastu aku masuk kubur je la dah kot time tu. Haha.
No comments:
Post a Comment