Semalam kan tetiba Ayra moody. Huh. Taktau apa yang tak kena. Dari pukul 8pm sampailah pukul 12. Tension acik :p Mata dia nak tidur, and bila dah tidur tetiba dia meraung. Asyik terkejut je. Padahal dah bedung dah. Kesudahnya, bukak baju dia semua........pakai diapers je :p Haha. Barula dia senyap. Mak aku lap-lap muka dia dengan air yassin. And baca selawat semua-semua. Alhamdulilah lepastu dia okay. Huhu. Bagi susu, hah terbongkang sampai subuh baru bangun. Hihi. Seronok je aku tidur :) Subuh tu pun, bagi susu, dia tidur balik, 10am baru dia bangun. Bangun-bangun mandikan, bagi susu, tidur again :p Haha.
Sekarang ni, memang banyak je masa nak buat itu ini. Kalau dulu semua tak sempat :( Ayra pun dah reti main sengsorang, tengok tv, dengar lagu ke apa.. senyap la dia. Takdela nak kat tangan je. Alhamdulilah sesangat. Yela dulu masa dalam pantang, serius mencabar emosi mental semua. Memang aku tak kuat time tu, asyiklah nak nangis. Haha meroyan je :p Dengan sakit kat bawah tu ha, lepastu anak lak merengek.. memang buat jadi mcm $%^&*()(*&^%$# Hehe. Kelakar. Takpe pengalaman semua tu.
Minggu-minggu pertama lepas bersalin, memang perlukan sangat-sangat sokongan orang sekeliling. Kalau tak, memang kau akan rasa down rasa mcm apa je. Serius, Itu sebab ada penyakit meroyan ke apa tu kan kalau dibiarkan. Aku pun, aku rasa awal-awal dulu aku ada simptom2 nak meroyan. Aku tak boleh duduk sengsorang berdua dgn Ayra, kalau berdua je mesti aku nangis. Haha. Ye, aku is lembik sengsangat. Tak kuat :( Tapi selow-selow belajar jadi kuat demi anak, ewaahhh poyo je ayat :p
Bagi aku la, kalau laki tak tolong pun takpe, as long as ada kat sisi. Takpayah nak jadi superdad ke superhero ke apa, tak perlu. Contoh, kau tak reti mandikan anak, kau tak reti nak tukar diapers anak. Fine. Tapi kau boleh tolong dgn cara sediakan keperluan nak mandi tu, sediakan baju/diaper yang nak dipakai. Tu pun dah enough. Tapi kalau time aku sibuk uruskan anak, then kau buat-buat tak tahu, memang nak kena terajang bontot :p Haha. Buat anak nak, tolong takmo? Dahla 9bulan bawak dia kehulur kehilir, lepastu bagai nak tercabut nyawa beranak, tapi kau lak rileks je? Ini adalah tidak adil.
Adeh pening lak kepala menghadap laptop lelama.
Mahu kacau Ayra tidur lak.
Huahua.
No comments:
Post a Comment