img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, April 7, 2012

Luahan hati.

Ayra berbuai -  Kononnya kalau berbuai, nanti susahlah nak bawak berjalan, nak kena hangkut segala mak nenek buaian dia besi net and bla bla. Eh? Ada aku kisah? Lantak aku la nak buai anak. Haha. 

Ayra guna pacifier - Pacifier penyebab gigi jongang? Ehh kau siapa nak cakap macam tu? Haha. Lagi pulak aku bukak sumbat puting 24jam pun kat dia. Sekadar nak bagi dia lena sebelum tidur, dah tidur aku cabut la. Budak tu dah kenyang, dia cuma nak menyotnyot.. Kang kalau sumbat susu jugak, mau nya dia muntahkan balik. Huh! 

Ayra tak fully bf, kadang-kadang bf, kadang fm. - Tak fully bf tak bererti aku tak sayang anak, kalau boleh aku memang nak fully bf, senang, jimat. Takpayah nak bancuh-bancuh susu segala. Dia ek ek ek je boleh sumbat terus. Susu terbaik pulak tu. Tapi, aku tak dapat peluang tu, orang yang tak mengalami apa yang aku rasa, mesti tak faham. Mungkin ada yang cakap aku tak berusaha, tak tu tak ni. Dah, kau tak mengalami, kau takkan faham. Aku rasa semua perempuan yang ada anak mesti nak sangat-sangat bf kan anak dorang. Sama macam, semua perempuan nak bersalin normal, taknak czer. Hah, macam tula. 

Ayra still pakai mitten walaupun dah 2months++ - Kena bukak mitten sebab nak latih tangan dia memegang. Okay aku dah bukak hari tu, walaupun mak aku kata jangan. Kesudahnya muka Ayra ada kesan cakar-cakar. Hah melawan lagi kata mak aku T_T Bukan tak potong, kuku dah pendek dah, tapi kuku baby kan nipis. Last-last aku pakaikan je mitten balik. Kesian muka bercalar. Takpela.

Ayra tidur berbedung - Orang datang tengok Ayra berbedung, cakap kesian la dia tak boleh nak itu ini, menghalang tumbesaran lah apa lah... Aku bedung bukan ketat ketat pun, sekadar taknak tangan dia bergerak, kalau bergerak, tidur dia asyiklah terkejut. Bila terkejut dia akan tetiba meraung, lagi buat aku cuak. 

Ayra gelap - Eh hari tu tengok gelap je, sekarang dah cerah.. Haha. Anak aku gelap ke cerah ke, ada menyusahkan ke? :p Aku bahagia je, aku rasa dia comel je. Haha. Siapa kata kulit gelap tak cantik? Gelap tu seksi okay :/ Lagi pulak baby muka memang berubah-ubah. Lagipulak, tengok la aku, bukan putih sangat pun, kulit melayu je ni ha. Bapak eh pun sama. 


Banyak lagi benda-benda yang semua pun nak dipersoalkan. Kadang-kadang rasa macam annoying nya. Tak payah nak jaga tepi kain orang sangat boleh? Tak payah nak tunjuk terer sangat lah. Haha. 


Tapi tu lah aku, cuma mampu senyum je. ;)





2 comments:

Baiduri said...

em, sgt setuju...klu bleh xnk org len msuk cmpur dlm urusan apa kita buat ngn baby kita... we know wat da bez 4 our baby.... tp bkan b'makna xdgr lgsung nasihat org b'pengalaman kan... cuma jgn kata itu-ini smpai mcm kita ni xtau apa2 dh la....ngeeeee

MissRhana said...

tgh consider gak ni nak beli buai..bby xmo tido bwh sgtla siang2 :( ..

.