Ada member aku tanya, berapa banyak kah duit diperlukan untuk meyambut kelahiran seorang bayi (asal ayat macam karangan BM?) Haha. Ntahlah, kalau tanya aku, serius aku taktau. Tapi aku rasa, memang perlukan duit yang banyak, duit yang mengalir seperti air. Wuwuuwu.
Ni yang aku boleh listkan lah.
Monthly checkup ( Mengandung)
-Kalau pergi KK, free lah kot? Ntah aku taktahu, ke kena jugak? bayar RM1? Tak sure. Tapi kalau kau mengada nak ke private, cikai-cikai pun setiap checkup tu RM100? Hah, kira la berapa kali kau pergi cek :p Haha. And 3d4d scan, detail scan.. bla bla. Tu semua kos lain-lain.
Bersalin
-Kalau Gov, kena bayar jugak kan. Tapi murah la sikit. And kalau sekali lagi kau mengedik nak bersalin kat private, hehe. Dapat ke ratus-ratus? Tak dapat der T__T Kalau kau kena c-zer, lagi lah.. nasib baik aku bersalin normal ;) Murah sikit. (doc cakap aku pun hampir nak c-zer hari tu, sebab takut baby lemas, tapi alhamdulilah aku dapat jugak normal)
Aqiqah/Cukur Jambul/Sunat
-Harga kambing pun dah 7-8 ratus. Kambing sahaja okay. Lepastu kau nak upah katering. Paling cikai boleh dapat RM1500 ( untuk 50orang), tak termasuk doorgift, panggil orang marhaban, lepastu kalau nak cantik sikit, sewa buai tu? Rm350 macam tu. Haha. Mengalir laju duit T__T. Sunat murah sikit lah, below RM50 (kot? aku tak sure tak survey harga lagi).. Ayra belum sunat. Tunggu besar sikit.
Monthly checkup (Baby)
- Kalau kat KK, aku tak sure la macam mana.. tapi kalau macam Ayra ni, 1st jab -rm65, 2nd jab-rm100, 3rd jab? Tak tahu lagi.. Takpela, disebabkan aku pemalas nak tunggu-tunggu, so labur la duit sikit. Takyah cek boleh? Hehe!
Tu yang besar-besar la kot?
Yang kecik-kecik?
Kelengkapan baby? Tak cukup 1k..
Barang-barang emak nak berpantang? Set bersalin je dah Rm300. Huh! Lain-lain? Itu ini. Pejam mata, keluar duit. Hehehe.
Banyak kot?
Macam kos nak berkahwin jugak? -___-
Rm10ribu, macam Rm100.
Duit bukan segalanya, tapi semua benda dalam dunia ni perlukan duit. Kan?
No money no sex
Eh tetiba :p
Sebenarnya, tak boleh tidur ni. Sebab tadi dah terpengsan cepat sangat, lepastu terbangun, tengok semua dah tidur. ;( Keseorangan. Hahaha. Aloneeeeeeeeeeeeeeeeee me not like. Kang aku picit hidung semua orang supaya bangun. Ahaks~
.
.
No comments:
Post a Comment