Sebab tu tiap kali Wan tanya pasal car seat aku rasa macam err tak perlu la bazir duit beli benda alah ni. Haha. Tapi sekarang ni, kalau tanya aku takkan fikir membazir dah, aku rasa benda tu keperluan jugak. Ekekeke...
*
*
*
Semalam (isnin), Ayra dah selamat disunatkan. Haha~ Aku memang penakut. Tapi aku masuk jugakla dalam bilik tu, hehe. Memandang dari jauh. :p Sekejap sangat proses tu rupanya, and Ayra pun langsung takde menangis. Hehe. Nice girl. Ala, Wan pun sama je, takut jugak. Hahahahaha! Tapi dia poyo-poyo nak ejek aku, pastu cakap konon-konon dia tengok je apa doktor tu buat, erk? Padahal dia berdiri sebelah aku. Bukan dekat doktor tu. Pui~
Takdela mahal sangat nak sunat tu, rm40, buat dekat Dewan Bersalin Muslimah, kat area depan Giant Batu Caves, err apa eh nama tempat tu? Sunway Batu Caves? Ahaha tak dapat dikenal pasti. Tak penting untuk aku tahu. Hiks.. Anw, berat si kenit tu dah 6.8kg untuk 4bulan. Kalau baby boy lagi berat kan? Hehe. Ni dia 6.8kg pun aku dah terasa beratttttttttttttt apatah nanti kalau dah 10kg? Haha mesti rasa macam pikul sekampit beras.
*
*
*
Hari ni test JPJ. Haha, aku sangat nebes. Tapi tengok la camne siang nanti, harapnya lulus lah. Jangan lah tetiba aku blank, parkinson ke apa. Hahahahaha~
Bukit - clutch, brek, tengok tayar, cermin selari, free gear, handbrek angkat, angkat tangan, gear 1, minyak, clutch, minyak, handbrek turun, jalan.
Parking - cermin tengah2 kat belakang, kiri habis, reverse sampai tiang 6, luruskan tayar, reverse sampai tayar belakang kat garisan, kanan habis, reverse sampai tayar depan kat garisan, kiri habis, gear 1, masukkan kete dalam kotak parking, angkat tangan, kiri habis, reverse sampai tayar depan kat garisan, kanan habis, keluar.
3penjuru -tiang ke-2, kanan, brek, kiri habis, reverse sampai sebelum garisan, kanan habis, keluar.
Haha!! Benda simple ni je pun. Adeh..... Insyallah boleh.
Dah, sekian laporan untuk hari.
Kihkih.
Dah macam berita lak.
No comments:
Post a Comment