img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, May 13, 2012

Nak luah ni. :p

Aku tahu aku bukan lah terel nak cakap-cakap pasal ni. Tapi ni sekadar luahan perasaan je kot? Hihi. Lagipun bukan ada sesape baca kan. Bukan bloger femes yang nak taip satu-satu entry tu amek masa, edit sana edit sini, draft, edit, edit, baru lah publish. Aku  tak pernah macam tu. Haha. Aku taip-taip then terus publish. Lantakkan aje kalau ada typo ke apa.


Aku rasa, mak-mak sekarang ni semua pun nak ikut cakap doktor je. Haha! Takut sangat itu ini. Tak boleh itu, tak boleh ini. Hape-hape ntah. Oh lupa, mak-mak sekarang semua nya kan educated. Muahaha.


Orang dulu, jaga anak hidup je sampai sekarang. Berjaya je jugak kan? Haha.

Bagi puting kat anak, tak semetinya anak akan jongang. Kalau Allah nak kata, ha si polan nanti kau jongos, jongos la kau. Alah, belajar la elok-elok, kerja bagus, ada duit betulkan la gigi tu kan? Hihi. *cakap senang la kau nurul*


No walker. Jangan bagi anak guna walker. Melembabkan otak. Sebab sepatutnya dia kena belajar berjalan sendiri. Tanpa bantuan. Walker bahaya, walker itu, walker ini. Haha. Ye la kot bahaya? Tapi aku tetap dah plan next month nak belikan Ayra walker. Hehe. ;)


Fully breastfeed sampai 2tahun. Kalau less, kau adalah loser. Hihi. Kalau bagi susu tepung kau tak sayang anak, kau malas berusaha nak banyakkan susu. Eh ada aku kisah? Haha. Kisahlah jugak sebenarnya, awak-awak yang bf kan baby tu, jangan la nak kondem mak-mak yang bagi fm kat anak. Cakap nanti jadi anak lembu lah apa lah. Haha, awak dulu kecik-kecik memang 2tahun bf ke? Lepastu dah tak bf, minum susu tepung jugak kan? Susu lembu kan tu? Hehe. Tapi takpelah, pekakkan je telinga ni. Yang haus anak aku kan, yang jaga aku kan. So kita buatlah yang terbaik untuk anak masing-masing.


Tak boleh minum air masak (walau setitis). Tak boleh bagi apa-apa jenis makanan selagi belum cukup 6bulan. 5bulan29hari pun tak boleh, kena cukup 6bulan jugak. Haha! Eh masa tahnik kan baby tu, bagi kurma/kismis/madu kan? Haaaaaaaa..... apa cer? ;p Risau macam apa je. Padahal dulu time kau kecik, ntah2 umur seminggu dah dibagi makan bubur. Oh lupa, dulu lain sekarang lain. Lalala~


Jangan bedung baby! Nanti dia lembssssssssss. Hahahahahahahaha. Aku suka je bedung dia. Sebab aku nak dia tidur dengan tenang ;) And bila dia tidur dengan tenang tanpa terkejut-kejut, malam aku adalah indah. Subuh baru bangun. Hihi. Anw, tahu tak, sampai sekarang aku still pakaikan kenit tu barut? Miahaha. Tapi barut yang strap on tu jelah, yang tali-tali leceh nak ikat ;p Sebab mak aku cakap, nanti perut baby buncit. Haha, so aku bayangkan, macam kita lah kan, tak pakai bengkung, buncit kan? Haha. Tapi tu takdehal la. Bukan susah pun.


Bagi aku lah kan, kan......... doktor bukan lah 100%. Aku takdela nak ikut cakap sangat apa kata survey doktor, takde terlalu fanatik. Biasa-biasa je. Petua orang tua-tua pun aku ikut jugak. Haha. Kalau aku rasa okay, aku ikut. Kalau aku rasa macam khurafat je, aku tetap angguk je apa orang tua-tua cakap, takpernah nak melawan balik. Hihi. Kata jela aku kuno ke apa,  Tapi yang macam aku cakap kan, yang nak  menjaga budak tu, aku. Bukan kau ;p Masing-masing ada cara tersendiri ;))


Lagi satu, pasal video yang mak pukul anak tu kan? Kemain ramai yang mengkimakkan perempuan tu kan? Huh! Aku tengok video tu pun aku nangis. Mula-mula taknak tengok, tapi ramai pulak yang post kat fb. Tapi aku rasa aku faham dia kot? Bila kita stress, semua nya out of control. Aku sendiri masa dalam pantang, hampir nak kena meroyan. Aku tak boleh duduk berdua dengan Ayra, kena ada orang teman. Kalau tak, aku nangis, aku rasa itu ini. Semua ada. And aku pernah pukul Ayra masa dalam pantang hari tu. walaupun bukan lah pukul macam perempuan tu, cuma babab-babap bontot (diapers), tapi still rasa tak best. Anw, satu je yang aku terkilan pasal video tu, orang lain yang waras tu, kenapa taknak selamatkan budak tu? Huhu. And aku harap mak budak tu dapat tenangkan diri bila bebas nanti, and sayang budak tu sepenuhnya. Semua mak sayang anak kan? 9bulan kot. Even mak-mak yang buang anak tu, mesti nya ada perasaan sayang, cuma dorang terdesak. Ni pendapat aku lah.


Tiba-tiba air mata mengalir. T___T


BEST!









3 comments:

amal said...

setuju dengan semua ni.. itu ini semuanya tak boleh.. kdg2 kita pun jadi terikut2 sedangkan anak kita tak sama macam anak dia.. dah kita rasa down kalo xleh nak ikut cara org.. sebenarnye kita leh je amik tau tapi tak perlula nak jadi terlalu obses. kalo ok dgn anak kita why not kan, mcm walker, pacifier tu ape sume.. kita yg jaga anak kita.. anak org biarla dia yg jaga sendiri ehehe

Honey_dear said...

Yep. akak pun setuju dik.
Bukan semua bertuah.

Mcm akak, beriya je time mengandung, nak fully BF la, ape la, tapi nak buat macam mana, bila bersalin, anak kene kunin, susu belum ada. Nak tak nak, kene campur jugak susu FM, ok je. Takde masalah pun.

Skang, susu dah banyak, FM tu biar camtu je, ok je. no hal. Tak kisah la ekslusif ke tak, janji kita dah usaha yang terbaik untuk anak kita kan.

Air org kata tak boleh bagi, akak bagi je, nak pulak, air zamzam, air yang terbaik Allah ciptakan atas muka bumi ni. Takkan ada bakteria bahaya untuk baby kan? Kita ikhtiar & tawakkal pada Allah.

Eh, dah terkarang entry plak kat sini.
Semoga anak-anak kita sihat wal'afiat.

Anonymous said...

Tadalafil E20 Canada Online Worldwide Pharmacy Ventalin Baclofene Sevrage [url=http://byuvaigranonile.com]viagra[/url] Dieta Propecia Kamagra Achat 150 Mg Buy Colchicine Tablets Purchasing Cheap Levaquin Keflex And Definition

.