img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, June 24, 2012

..........


Aku rasa, ni aku rasa la kan... dalam jaga anak.. takde istilah orang tu salah, orang ni betul. Hehe. Semua mak, nak yang terbaik. Cara tu sesuai dengan anak dia, tapi bila dengan kita, tak sesuai lak. Haa, begitu :p

Rasa kelakar dengan orang yang obses ni. Rasa kelakar jugak dengan orang yang berlagak terel. Rasa kelakar jugak dengan orang yang kunun dia sahaja betul. Hiks.. Last-last, apa yang dia bangkangkan tu, yang dia rasa salah tu, eh tetiba dia pun buat jugak untuk anak dia? :p Apa celop toq?? :p

Ada orang cakap, jangan mandikan baby dengan air sejuk (air paip). Sebab bla bla. Hehe, tapi aku mandikan jugak guna air paip :p Adakah aku ni dalam kategori tak sayang anak? :p Tapi tulah, anak aku mandi air paip pun ketawa-ketawa je, takde la bibir sampai biru kesejukkan ke apa semua.. Takdela selsema ke apa.. Alhamdulilah.... :) Ayra pernah kena selsema sekali je. Tapi masa tu sebab menjangkit dengan orang lain yang selsema. Hihi. Demam pun tak pernah, cuma pernah la badan panas-panas sikit, tu pun aku tempek koolfever, tak bawak klinik pun, makan ubat pun tak. Sesikit nak ubat, sesikit nak ubat, bukan elok sangat pun kan? Hehe. Biar dia bina antibodi sendiri :p Tapi jangan lah pulak anak tu dah badan panas tahap apa, kau still nak tempek koolfever je. Haha, tu namanya kedekut dah tu :p

Pasal walker pun kelakar jugak. Melembabkan perkembangan otak katanya. Bahaya, bla bla.. Kajian saintifik kan :p Last-last bila anak dah 8 9 bulan, which is time tu dia dah mula menapak.. eh tetiba kau yang dulu bangkang walker, tetiba beli walker. Kununnya dah masa untuk dia berlatih berjalan. Hahahaha yang sebelum ni kau bangkang tu kenapa? :p Kalau taknak, tak perlu lah berhujah gila-gila, tak perlu lah kondem orang lain. Buat biasa-biasa sudah? Takdela malu sendiri :p

Some goes susu. Bermati-matian kau berhujah, macam kan bagi susu tepung tu racun :p Tapi bila kau sendiri mengalami kejatuhan susu..... tetiba boleh pulak kau cakap....... yang penting anak mama kenyang...... dulu mama pun minum susu lembu jugak. Kihkih. Kelakar kan? Tahu pun....... kemain cakap sape minum fm is anak lembu, padahal diri sendiri pun minum susu lembu. Hehehe........ :p



Kan lagi best kalau takyah kondem-kondem orang, takyah nak ikut trend sangat, sorang cakap benda tu tak elok, terus yang lain-lain pun nak cakap tak elok. Sebab takut orang lain cakap yang bukan-bukan, kita ikut je apa yang terbaik tu kununnya, padahal benda tu tak sesuai dengan anak kita. Kan? Hehehe.. Buat rileks dah la? Baby bukan nya sama perkembangan nya...... :)) :p


Just my 2cents thought. No hurt feelings :p





1 comment:

Anonymous said...

Hoh, setuju..!
Biasa la, 1 jari tunding kat orang, pat jari lagi tunding diri sendiri, tapi tak sedo.

.