11.43pm, 26 January 2012.
16jam setelah air ketuban pecah.
4jam dalam labour room.
Akhirnya.......... berjaya keluar jugak si kecik ni. Normal, tapi guna vacuum. :)
Sakit? Siapa je yang tak sakit kan.. 16jam tu lama kot.
And sekarang. dah besar macam ni...
CEPAT nya masa.
Dulu sebelum bersalin aku selalu sangat fikir aku mampu ke nak itu, nak ini, Nak mandikan dia, nak tukarkan diapers, hal-hal remeh camtu. Tapi, bila kecik ni keluar, automatik aku boleh buat sendiri. BANGGA :3
Sekarang ni pun, aku tahu aku masih belum jadi mak yang sempurna. Tengah belajar perlahan-lahan, slow-slow kayuh la kan? Apa yang kau nak harapkan, budak umur 22 tahun dah ada anak, yang mana selama ni si budak umur 22 tahun tu adalah super manja semua pun tak reti, hihi.
Bila dah ada anak ni, banyak nasihat mak aku yang aku selalu ingatkan kat diri sendiri. Jangan pukul anak, Jangan marah anak, Jangan itu, Jangan ini. Heh.... berapa banyak jangan daa? :p Bukan tak boleh pukul, marah semua, boleh tapi....... ada caranya.
So far alhamdulilah, makin Ayra besar, makin senang nak jaga. Aku ingat lagi bertapa struggle keadaan dalam pantang dulu. Stress......... nasib baik aku tak meroyan :p Ekekeke...
Dulu-dulu, aku rasa macam nak ada dalam 2-3orang je. Taknak ramai-ramai. Tapi sekarang ni, aku rasa macam nak anak ramai. HAHA. Adik beradik aku 3 orang, dahtu jarak jauh-jauh lak (sorang 15, sorang lagi 10tahun), serius tak cool. Haha. Bila tanya mak aku, amek pil perancang ke? Mak aku cakap takde, sendiri mau ingat lah :p Kalau tak ingat, mahu doblas orang adik beradik aku hehehe..
1 comment:
memang struggle mase pantang dulu kan..!!! part tu yang susah luper..huhu...kalau senang lupe mesti sekarang rase nak mengandung balik..
kalau beranak nak anak terus 5-6 bulan ley tak..hahaha..
Post a Comment