img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, June 9, 2012

Kau sorang jela ada anak. Hihi.

Tajuk tak boleh bla. Takde kena mengena dengan entry. Tapi maybe sebab aku tempek gambar Ayra, so jadi tajuk camtu okay la kot? Konon macam aku sorang je ada anak. Kahkahkah! Orang lain pun ada anak, tapi takdela nak cerita pasal anak doplatpatjam. Huhu.Tapi takpe, ada aku kisah? :p

Sejak bila ntah aku memang dah tak guna tilam baby. Kahkah! Membazir~ Phew.. Aku lagi suka letak si kanak-kanak ni atas toto (er apa eh nama benda tu, cam adik beradik toto gak la). Sebab, luas. Senang aku nak golek-golek sekali. Haha. 

Lagi pulak, kan kanak-kanak ni tengah nak belajar meniarap-niarap. Pastu berpusing-pusing. Hah! Pusing lah, tiarap la sepuas-puasanya kat atas toto ni. Tilam dia kecik, pusing sikit dah kaki terkeluar. Hehe! Letak atas ni lapang sikit. 


Mata bulat~ Wan selalu cakap, bulat kan mata dia. And aku akan balas, ada ke mata empat segi? Haha! Bengang je pakcik tu. Tapi aku pun rasa mata dia ni besar, hehe! Orang-orang lain pun kalau tengok dia akan cakap tembamnya...... bulatnya..... Haha! Dua perkataan favret.


Senget-senget kan badan, ready untuk menelentang.
See, lagi sikit nak jatuh dari toto. Padahal asalnya aku letak dia kat tengah-tengah. Berpusing-pusing, main angkat-angkat bontot. Hehe! Nak merangkak mana reti lagi.7-8bulan baru selalunya boleh merangkak kan..




Diakhiri dengan gambar anak dara sebelum mandi.......


Tomey-tomey.. Haha! Yela,yela, anak kau jela comel. Ahaha~ 



Dah, sila tutup laptop dan tidur segera.
Selamat malam ;)










1 comment:

Mimy Hamid said...

ayra mmg comel peeeeeee

.