img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, June 19, 2012

Nak makan mee goreng.

Ada dua helai kain pasang. Belum buat baju. Nak buat baju apa pun taktahu :/ Satu kain cotton, satu lagi kain apa eh? Yang ada sulam timbul tu. MakWan bagi,  from bandung with love. Haha.. Haktuih~


Maybe buat baju kurung je la kot. Kalau baju kurung takdehal, mak aku boleh jahit. Takyah hantar kat orang :p Tapi kalau nak pesyen lain-lain tu, kena hantar tailor lah. Hehe. Tapi selalunya, baju aku beli dah siap je. Haha. Tak susah pun nak carik saiz aku, saiz standard, tak kecik tak besar.


Kalau buat baju raya macam baju kebangsaan vietnam, ao dai tu pun cun jugak kan? Haha tetiba nak pakai baju kebangsaan negara lain apa kes? :p Nak jadi warga vietnam lak.. tapi rasanya kalau tinggi baru la cun, aku ni kemetot.. 158cm. Huh.

Tadi try pakai kebaya lama aku. Lama tu takdela, dalam 2tahun lepas kot. Baru pakai 2 ke 3 kali camtu. Pakai-pakai, muat, tapi tulah.. tang perut.. omaigaddd buncit! Haha. Salah Ayra la ni :p Tetiba menyalahkan anak, taksedar diri betul. 

Anw, kena pakai pb baru la cun.. hehe! Tapi mana aku campak tah pb tu? Haha. Orang lain kalau beli pb kemain lagi jaga elok2, aku main campak-campak je :p Kihkih. Yela sebab aku tak beli, makwan bagi. :p Hehe takdela, tak campak, dalam almari rasanya, sebab aku kan dah tak pakai. Aku kan dah perasan selim. Pastu bila amek gambar mulalah stress. Peha besar.. perut buncit. Perut buncit tu boleh kover lagi kalau dukung anak, tapi peha besar nak kover camne? Pakai skirt? Auww.. Hahaha~



-PEHA-

*
*
*

Kanak-kanak ni dah taknak dibedung, dalam buai pun nak meniarap.. takut je aku dia jatuh..
Jadinya, sekarang tidur camni je. Mengiring, peluk bantal. Haha, kunun dah dewasa la tuh~


Haha.. tajuk nak makan mee goreng. Tapi cerita benda lain? ;p 
Haha! Tengah tunggu mee goreng odw :p
Lambatnya~~ Perutku sudah berkeroncong! Huh..














3 comments:

Honey_dear said...

tertipu daku dengan tajuknya itu..hahaha..
ingatkan dah mengidam dah..

aTy _faRed~ said...

raye ni tak dapat nak pakai baju kurung..susah nak susukan baby..:( sadis...

comel ar tido mengiring siap peluk bantak..heheh

Mimy Hamid said...

comel la kanak kanak tido mengiring..mcam dah besar je

.