img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, June 27, 2012

Terlajak perahu.


Aku ada jiran yang sangat kepochi. Haha serius kepochi gila. Bila dah lama kenal, apa yang aku sedar, dia bukan kepochi je tapi jugak adalah seorang yang mata duitan. Kihkih sesuka hati aku nak judge orang :p Anw, dia ada adik baya aku, and nak kahwin bulan doblas nanti, next month plan nak bertunang.

So topiknya disini, tiap kali tengok aku sidai kain, sapu sampah kat luar rumah, mestilah cerita pasal adik dia nak kahwin dengan lelaki kaya. Hahahaha yang mana aku rasa menyampah gila apahal kau nak kecoh adik kau yang nak kahwin pun kan.

Tahu tak, adik dia tu baru kenal dengan lelaki tu dalam tiga bulan lepas kat facebook. Si kakak ni cerita, lelaki tu dah bagi 10k cash. Tapi aku tak percaya, sebabnya, eh ada ke orang yang takde ikatan apa-apa tetiba nak bagi kau duit selambak camtu? Mustahil. Baru kenal lak. Tapi aku iyekan aje. Dengar cerita, 10k tu.... 8k is mas kahwin, 2k hantaran. 2k nak buat kenduri, err cukup ke? Takkan nak usik duit mas kahwin, ntahla. Aku saje-saje tanya kat si kakak, apa beza mas kahwin dengan hantaran.. tapi dia boleh lak tahu? Haha padahal dia dah kahwin kot. Okay, bukan urusan aku.

Berbalik kepada lelaki kaya tu, aku tengok pakai kereta proton saga lama je pun. Err maybe kereta ke-5 dia kot, takpun dia low profile hehe. Pastu dari segi pakaian, biasa je kot, macam mat rempit pun ada, tapi katanya kerja pegawai. Pegawai apa, ntahla. Malas aku nak kaji selidik. Kihkih. Errr mungkin dia suka style rempit, dunt judge a book by its cover :p Lalalaala.

Lepastu hari tu ada la shoping beli barang hantaran, beli baju. 2helai 150. Pasal tu pun nak kecoh, kunun beli baju mahal gila. Adoiyai.... 2helai 150, murah la tu kan. :/ Dia punya kecoh tu macam beli baju Ed Hardy, A|X, bla bla.  Haha, pastu beli cincin, emas kan mahal sekarang ni? Segram berapa ratus ntah, aku dah lama tak beli emas, so taktahu :p Ala, dia beli yang berapa gram je pun, tak sampai seribu, tu pun dah kecoh nya sampai aku rasa nak amek seletip, seletip mulut si kakak tu. Hahaha.

Hish, banyak la lagi kepochi yang ntah hape-hape... aku rasa selagi adik dia tak kahwin, selagi tu la kot aku kena hadap benda ni -______- Haha redha jela, dengan ayat lelaki kaya. Padahal aku rasa lelaki tu biasa-biasa je pun.

Anw, kenapa aku cerita ni? Sebab........

Sebab tadi aku geram nak mampus......... anak dia kencing kat depan rumah aku, pastu boleh mak eh gelak-gelak tutup dengan surat khabar je? Pastu blah masuk rumah.

Patutnya pergi la amek air, siram ke apa kan, hancing okay.. bukannya kencing baby, ni kencing budak umur 2tahun++, dah makan macam-macam. Anw, ni bukan kali pertama, dah yang ke 100x mungkin. Tapi selalunya aku diam je, aku sendiri amek air, siram. Ni maybe sebab kena sandal aku, tu yang buat aku cam geram sikit.

Aku cakap camni
 "aku beli sandal ni bukan harga puluh-puluh, ratus jugak, walaupun tak kahwin lelaki kaya, mampu je aku beli.. ni beli baju 2helai 150 pun nak kecoh, harga sandal aku lagi mahal dari tuh"

HAHAHAHA!

Kuat lak tu aku cakap.
Bila masuk rumah, pastu terus menyesal. :/
Huhu. Tak sengaja! Yelah, hari ni Ayra moody, pastu aku selsema. Bila Ayra moody, banyak la kerja aku tergendala, asyik nak berdukung je.

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? Takpela, biar dia rasa, berlagak yang ntah hape-hape. :s Menyampah!


Dah, lega.
Haha aku berani bebel kat sini je, nak bebel depan-depan err tak berani :p Hehe bukan la tak berani sebab apa, cuma tak suka la jiran-jiran nak masam muka kan :)

3 comments:

aTy _faRed~ said...

hahahaha..gelak bace n3 nih....macam poyo jer kan jiran tu..huhu...

Mimy Hamid said...

jiran akak makcik J namanya perangai sama ar...setaip perincian hal anak cerita...anak pakai sepender mahal pun citer...ada aku kesah..tapi aku kesah bila dia campur hal mengandung lambat tak subur...macam bahabee

Wawa said...

hahaha...cnfirm sentap jiran tuh...:p

.