img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, July 4, 2012

Merepek-repek.

Semalam balik kampung, nenek sedara meninggal. Balik hari. Ala, 2jam-pergi balik 4jam. Haha, memang penat la. Pertama kali aku tengok mayat baring kaku kat depan mata :/ Huhu. Insaf jap. 


Sampai-sampai kampung, dorang semua tengah prepare nak mandikan jenazah. Aku sempat la tengok cara dorang sediakan kain kapan semua tuh. Tapi aku takdela ikut sampai ke kubur ke apa, sebab ada anak kecik kan. Takut lak jadi apa-apa, jadinya aku cuma duduk kat masjid. Kubur sebelah masjid je pun. Hehe. Boleh main intai-intai.


Dah setel kebumi sempat jugak makan mee sedap. Haha. Mee goreng mamak je pun, tapi masa pregnant aku pernah mengidam nak makan mee tuh, kat tekak rasa macam sedapnya nak nya.. :p And aku selalu sebut sedap sedap.. So lekat sampai sekarang, mee sedap. Haha.. Sedap kan Encik Wan? Kahkahkah. Hakikatnya, bila makan sekarang ni.. rasa biasa je.. :/


Anw, semalam tu memang penat, tapi takdela rasa sangat, hari ni tetiba badan lenguh, pening bla bla. Haha over. Dahtu Ayra pun susah gila nak tidur kan dia. Grr. Geramnya aku! Dia nak aku sebelah dia 24jam, hamboih nak? Nak main peluk-peluk je memangjang. Dah pejam mata, tapi bila kita bangun.. terus mata terbukak! Haha geram tak? Sabar jela aku. Nasib baik aku penyabar HAHA, kalau tak.. mahu dah kena pangpangpang si kecik ni :p


Tapi tadi dah dapat gak tidur sejam, hehe! Aku buat derk je 5minit (hati kena kental tengok dia nangis), alih-alih tengok eh dia dah pejam mata sendiri la.. Haha! Ni dia dah bangun, tengah bergolek-golek, haha sejuk la pulak nak mandikan dia. Ekekeke.. Alahai anak, macam-macam peel.. 


Hari ni saya moody.
Nak period kot. HAHA




1 comment:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

dasat Ayra kekecik agi dah nak period ! hehe

.