img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, July 2, 2012

Sabtu Ahad

Aku rasa nak try bagi Ayra makan apple. Menggelabah nak bagi apple, pisang taknak? Buahan tempatan sudah hehe. Tapi pisang kan lembik-lembik, aku geli.. haha apple tu keras sikit.


Mangkuk, sudu dah ada.. hehe. Beli kat Sogo. Hehe, meredah jam semata-mata nak beli benda alah tu. Padahal boleh je beli kat tempat lain. Beli jugak puting botol tomme tippe, tapi untuk 6months++ takde, so aku hentam beli yang 3months. Haha, belum try lagi. Tapi boleh jela eh Ayra? Nanti tunggu baby fair kat mid, baru beli baru. Eh hujung bulan ni lah kan? HAHA.  Kat situ murah sikit, 17++ lebih je, semalam beli rm22, normal price 24.90. Kira murah la tu. 


Tapi sebenarnya, nak tengok kain jugak kat jalan tar tu kan. Nak beli kain nak buat baju nikah raya. HAHA. Tapi baru masuk 2-3 kedai aku dah penat. Pakcik tu pilih2 warna biru, pilih2 warna hijau. Haha hijau okay jugak kan? Biru pun okay jugak. Haha. Tapi pink lagi sweet? Tapi bila letak kat kulit, geli lak aku tengok dia pakai pink. Haha..............  Lagi senang beli dah siap, tapi BELIAU tu memilih, yelah badan besar/tinggi.. tu yang susah nak carik yang readymade.. Kena tempah.. Tapi masalahnya lagi, sekarang ni dah macam suntuk pun ada kan? Haha~~~~~ Tengok jela nanti. Takyah berbaju, pakai boxer je. 


Okay tu je aktiviti ahad. :D Eh sebelum tu ada kenduri kahwin member satu sekolah. Pergi la tunjuk muka, tapi tak bawak hadiah langsung, perangai keji, dahtu aku tak kenal mana mak pengantin. Haha duit pun tak bagi, serius dable keji. HAHA takpelah, kita doakan semoga berbahagia selamanya :) 


Sebelum tu, hari sabtu.. ada la konon-konon nak keluar bawak Ayra tengok dunia sikit. Haha sekali tak jadi, sentap lah aku? Budak tu pun sentap, dah la dah cantik-cantik segala. Sampai la dia tertidur :/ Last-last nya bawak pergi NSK je, beli barang dapur. Aku rasa sape-sape duduk selayang,gombak,rawang mesti tahu nsk tu apa. Hehe pemes kot. Barang dapur murah.... tapi rasa sama je, ada murah ada biasa-biasa. Tapi takkan la kau nak beli gula kat giant, garam kat tesco, susu kat carefour. HAHA takdenya rajin camtuh.


Okbai~! 


Eh, kena letak gambar anak dulu. HAHA


-mangsa keadaan-
redha je kena balut dengan selendang.










1 comment:

Aty Fared said...

baru beli baju melayu anak kaler merah...teringin nak gi sogo ngan TAR..!!! tapi kompem tak gigih ngan anak kecik..adeeyyy...

.