img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, August 3, 2012

Emak.

Jadi emak kena banyak berkorban.
Jadi emak kena banyak bersabar.

Bila dah jadi emak, kita takkan tahu malam nanti dapat ke tidur. Berapa lama boleh tidur. Semuanya ikut timing si kecik. Bila dia bangun, bangun lah kita. Sama jugak, pukul berapa bangun pagi.

Kita taktahu, tapi boleh la agak. 
Memang aku takde de dapat tidur direct sampai ke pagi, tapi syukur. Aku tak perlu berjaga macam masa dalam pantang, bangun sekadar minum susu, tepuk-tepuk tidur. Terima kasih sayang.


Ada orang pernah cakap kat aku, jaga anak ni tugas orang gaji je. Haha. Maid pun maidlah, aku tak kisah pun. Aku yang bersusah payah tahan sakit bersalin, sakit lepas bersalin. Tu tak kira lagi masa mengandung, muntah, sakit itu ini, 40minggu. Sabar. Aku cuma anggap, ala kau takde anak, kau takkan faham. Bila dah ada anak, baru kau tahu, bertapa kau nak jaga sendiri anak kau, taknak bagi kat orang lain.


Kau takkan tahu bertapa seronoknya tengok si kecik dari taktahu apa-apa, sekarang tengok...... dia dah pandai macam-macam, walaupun sekadar masukkan jari dalam mulut, tu pun dah boleh buat kita as emak rasa ya allah hebat nya anak aku. Syukur. 


Kau takkah tahu bertapa gembiranya bila anak poo-poo. Padahal sebelum ada anak, aku selalu terfikir ee gelilah nanti nak basuh berak si kecik ni.. eee eee itu eee ini. Sekali bila ada anak dah lahir, langsung takde istilah geli ke apa. Infact, kalau dia tak berak, aku jadi cemas. 


Walaupun aku cuma duduk rumah sahaja, tapi siapa cakap aku tak penat? Ingat jaga baby ni tak penat eh? Kelakar. Belum masuk nak kena masak, basuh baju, kemas rumah, tengok tv, online hihi :p Sampaikan masa untuk diri sendiri pun takde sebenarnya. Aku dah takde de masa nak mengedik sapu-sapu lotion lah, cream itu inilah.. sebab semuanya nak cepat. Mungkin bila anak dah besar sikit, baru boleh buat semua rutin tu semula. Tapi takpe, aku enjoy.


Bukan semua orang berpeluang merasa jadi emak.. ada anak sendiri. Alhamdulilah....... walaupun hidup aku stil terumbang ambing, takde kehidupan yang betul-betul kukuh. Tapi itu normal la, mana ada orang yang terus ada hidup yang steady. Yang penting, kita usaha untuk kearah yang lebih baik, insyaallah. 



Ayra Batrisyia- Yang dihormati, cerdik pandai.

"Kalau Ayra dah besar nanti, ibu harap Ayra faham kenapa ibu tinggalkan Ayra. Bukan ibu taknak jaga Ayra, tapi ibu pun nak tunaikan impian orang sekeliling ibu untuk tengok ibu ada pelajaran. Impian ibu jugak.  Dan ofcoz untuk masa depan kita nanti." *wipe tears*

3 comments:

Anonymous said...

T_T*hugs*
blajaq elok2 eh? buat contoh yg terbaik utk ayra =)

as ♥ Leenda said...

tears.................
dah jadi mak2 ni, murah betul air mata kan?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Anak2 lah harta kita..

.