img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, August 3, 2012

Bla bla bla.

Hari tu customer service, ni pembantu tadbir undang-undang lak.. interview hujung bulan 8. Yang customer service tu 1hb interviewnya. Tapi memang takde la aku nak pergi pun.. nun jauh kat putrajaya, alamanda pun sekali je baru pergi. Tu pun masa alamanda noob gila, baru-baru bukak. Kesian kan? Yelah, apahal pulak aku nak lajak ke sana, kl lagi dekat.
.

Hmm, time isi spa dulu main tibai je, klik klik hantar. Yelah, niat memang taknak kerja pun. Lagipun tahap spm je, memang kerja apa sangat lah kan.. gaji pun berapa je. Ulat dalam batu pun boleh hidup.. erkk aku bukan ulat, aku manusia. Huhu..


Ala, sekarang ni pun, orang ada degree pun bersepah, ramai. Kalau iyepun aku habis belajar nanti tak kerja.. mana la tau tetiba time tu suami aku adalah jutawan ekekeke berangan.. etlis kalau jadi apa-apa ada backup kan. Takdela aku terpongek je. Takdela mintak jadi bebukan, tapi langkah berjaga-jaga. Pejam celik pejam celik je kot, dah habis 8sem. Insyallah, boleh.


Anw, ingatkan siang tadi nak keluar beli baju raya Ayra, tapi tetiba Ayra cranky je.. nak tinggal dekat mak aku, cam kesian lak. Takpela, nanti-nanti lah.. kang tak pepasal pakai baju beli kat pureen tu je jawabnya, takde baju raya..


Cukur jambul masa umur 3bulan, ni dah 6bulan.. rambut masih nyawa-nyawa ikan. Halusss..


Ni masa baru-baru pas botak dulu.. kalau banding-banding, ada la sikit pertambahan rambut.. heee.
Lambat kan progress rambut budak kecik ni? Bersabar jela aku. 


Dah buat macam-macam petua dah. Tapi camtu jugak. Jangan la sampai umur dah setahun pun takde rambut lagi, kesian nanti. Hukhuk.. Tapi ramai orang cakap, ni kecik-kecik takde rambut, insyallah besar mesti rambut lebat.. Taktahu la nak sedapkan hati aku ke apa.. amin kan ajela..  :/






















































3 comments:

Honey_dear said...

alaaa..tiutnye gambar takde rambut tu..hihihi..

takpe, baby botak kan comel..
*puji anak orang sebab anak sendiri pon botak.hahaha*

aTy _faRed~ said...

yer ar..anak aty pon sampai ni tak tumbuh rambut lagi...memang sabau jer ar menunggu...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

botak pun comel je

.