img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, August 11, 2012

Hari ni aku nak berceramah.

Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, kena redha.Tak kira la kau bercinta sepuluh tahun ke. Bertunang lima belas tahun ke.. Kalau namanya takde jodoh, takkan bernikah. Macam BradPitt dengan Angelina Jolie, berapa anak dorang dah? Ada dorang nikah. Ooo itu matsalleh. 


Kita melayu, kalau dah termengandung, terus kena nikah. Haha. Itu semua mengarut lah. Kau nikah pun, sebab nak tutup malu. Hukalorh...... tak guna. 


Nak bernikah.. perlukan tanggungjawab. Kau dah sedia ke nak pegang tanggungjawab? Heh.... Kalau betul-betul bertanggungjawab....... takde de sampai tercrettttt. Betul tak?


Aku tak setuju langsung dengan cara orang yang kalau dah mengandung anak luar nikah, kena nikah cecepat, nak tutup malu, supaya nanti anak boleh dibinkan dengan sibapak. Pui! tahulak gelabah.. malu kalau anak dibinkan dengan Abdullah/nama ibu. Mata manusia, memang la boleh nak koverline...... tapi depan Allah, nak kover apanya.. Takde makne semua tu. Eerr tapi kalau nama bapak dia  memang abdullah.. tu lain cite la pulak eh.


Pastu ada lak lelaki jenis.. dah kau baham awek kau, kau bangga-bangga lak dengan member.. cakap itu ini. Sampaikan awek kau terpregnant, pun kau bagitau. Apakah kebebalan.. belum apa-apa dah tak reti nak jaga maruah awek.. camne nak jadi ketua keluarga camtu?? Maruah beb.. 


Panas.


Tertengok gambar ni tadi kat facebook..





Apa DOSA baby ni??
Kalau iye taknak.. kenapa tak gugurkan dari awal?
Kenapa mesti jadi macam ni. Banyak lagi cara lain. Ni kira elok la tak kena makan anjing.... Yang kena makan anjing tu, kepala dah kat mana, kaki kat mana.. Ya Allah......


Sebak.. *lap airmata*


Aku memang tak boleh tengok benda-benda camni. Lagi-lagi bila dah ada anak sendiri. Tiap kali tengok benda camni, baby kena buang, baby kena pukul.. mesti terbayangkan.. kalau la Ayra yang kena macam tu.......... 


Tapi siapalah aku nak judge manusia lain.. kita taktahu apa masalah mereka. Aku tak berada dalam kasut mereka. Tapi satu je lah...... manusia boleh berubah.. walau seteruk mana pun. Insyaallah.. hidayah Allah milik semua. Aku tak suka nak mengkondem, nak memaki. Semua berhak dapat peluang ke-2, ke-3.. selagi ada peluang.


Aku sendiri, aku mengaku.. aku bukanlah alim mana pun. Pakaian pun tak tutup sempurna.. Sembahyang pun kadang-kadang tertinggal. Perlahan-lahan...... Tak rugi apa pun kalau belajar ilmu agama, praktikkan ilmu agama. Dapat pahala lagi adalah, kan. 





Ya ampun, fokus menaip, anak aku dah terbang ke mana lak ni.. dah keluar dari tilam dia. Haiyoooyoo.. ini anak dara tidur sudah buas! Tak mengkover langsung.. dah terkangkang. Kahkahkah.. 


Anw, selamat berhujung minggu :)
Letss shoping-shoping lagi! Hahah.. Apa kau ingat kau ada laki tokey balak ke?? Pengecop duit ke? Hihi... 


Dah, gudnite. Kbai~ :P









 











4 comments:

Honey_Dear said...

tengok gak pic ni dalam fb.
betulla nurul,bila ada anak, gambar-gambar cemni memang cepat je sebak.

tak boleh nak tengok.
teringat-ingat kat anak sendirik.
anw, bila daftar upsi?

Nurul Aziz said...

Kan? Air mata mesti macam nak mencurah-curah ke ladang gandum aje.. Hihi.. Daftar 2 sept..

as ♥ Leenda said...

allahuakbar..
gambar betul ke tu nurul?
kat malaysia ke?
ya allah sedihnya..
kesiannya..
gugur air mata..:'(

aTy _faRed~ said...

astagfirullah...nanges aty tengok...kesian kat baby tak berdosa tu..sakit kene gigit semut api kerengge semua..terbayang anak sendiri...[nanges]

.