img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, August 10, 2012

Potpetpotpet sebelum tidur.

Jiran aku pregnant :) Kesian dia melembik gila.. Asyik muntah aje. Serupa macam aku dulu-dulu, rasa nak tidur aje doplohpatjam. Yela kalau bangun, automatik nak uwekuwekk... benci.


Tapi.... ntahla. Aku kesian sangat dengan anak 1st dia. Macam terabai. Bukanlah terabai apa, yelah aku pun faham tengah mabuk tak larat semua. Tapi anak dah dua tahun lebih.. siang bagi la makan, bagi la susu. Ni tak.... tak dibagi apa-apa. Mana la budak tu tak melalak. Kalau dah besar tu takpela lagi, boleh aje nak suruh puasa kan.. Huhu..


Ada satu hari tu..... susu habis.. Yang si anak tengok aku, terus cakap nenen nenen.. Memula aku ignore kan aje.. Tapi sampai ke petang, memang tak sampai la hati aku ni. Last-last aku bagi susu sebotol yang besar tu.. terus senyap dia. Tapi susu Ayra la.. lantakkan aje.. janji dia kenyang. Aku mana ada susu yang untuk budak besar kan. Pastu elok dia tidur, takde dia melalak menangis-nangis. Err masa aku bagitau Wan pasal ni.. Wan cakap... tapi anak dia tu jahat. Hahaha! Anak dia pernah la tolak Ayra sampai benjol dahi. Ala, normal la tu budak kecik.. 


Aku rasa.. kalau dah anak tu dah besar.. dah boleh main sendiri, bercakap.. lagi senang nak jaga. Walaupun dia lincah hyperaktif camne.. kalau kena cara.. senyap la dia.. Ni tak, dibiarkan melalak-lalak, anak aku nak tidur pun tak boleh. Dahla tiap kali budak tu menangis, memang kena aje pukul. Huh... Apa la budak kecik tu tahukan... Err tak berani nak cakap lelebih, aku pun taktahu apa keadaan aku bila anak dah umur duatahun.. Huhu.. Tapi aku tetap rasa... jaga baby lagi mencabar, dari jaga budak yang dah faham sesikit itu ini. Yang dah boleh menjawab kalau tanya nak makan ke, nak main ke, nak tidur ke.. Sekurangnya kita tahu kenapa apa masalahnya.


Anw, aku harap tahap kesabaran aku.. akan terus kekal macam sekarang.. dan makin bertambah. Alhamdulilah, sejak-sejak jadi emak ni aku makin sabar aje..... Hihi. Aku harap tangan aku takde terlampau ringan nak pukul-pukul anak. Unless kalau betul-betul buat salah, tapi baby-baby ni takde salah apa pun. Dah besar nanti la kot. Taknak manjakan sangat, taknak rileks sangat. Salah ditegur, silap dibetulkan. Insyaallah.


Sambil taip ni, jeling-jeling tengok Ayra kat sebelah. Suci je kan muka budak kecik tidur. Terasa berat sangat amanah ni. Huhu.. Nak mencorakkan sekeping (ke sehelai?) kain putih.. sama ada jadi hitam ke, berwarna warni ke.. apa ke.. 


Atau nak jadi kaler pinkkkk aje? Hihi. Perempuan. Pink pink pink.. Boring :P 















3 comments:

as ♥ Leenda said...

tapi baju dak pompuan banyak pilihan..rambang mata tengok..nak beli tak boleh..hehe..

aTy _faRed~ said...

betul ar..sejak jadi mak2 ni memang makin penyabar kan..asben pon tegur...huhu..

kesian bace pasal budak terabai dan kene pukul tu..kelaparan lagi..awak bagi susu tu insyaallah nanti bertambahlah rezki awak..sebab bagi budak kecik yang sedang kelaparan makan...

Nurul Aziz said...

@ as ♥ Leenda - Tu la, banyak memang banyak.. sampai kan pening.... Takpe, takpe.. boleh try lagi.. babygirl lak pasni.


@ aTy _faRed~ - Huhu.. rumah sy ni memang selalu bebudak masuk pun.. Kadang tu pepagi lagi ada yang dah ketuk pintu, nak main dengan Ayra katanya.. Hahaa... Layankan aje.. Jangan menyepah kan rumah sudah.. Kikiki..

.