img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, August 25, 2012

Takde kena mengena dengan raya. Raya dah habis dah pun. Wahaha.

Okay tak letak tajuk camtu? Siap ada gelak lagi. Kikiki. Failed! Asal letak tajuk je failed.


Ayra memang aku pakaikan Huggies dari pack newborn, small (kaler hijau). Pastu bila dah tukar saiz M, kan dah takde yang kaler hijau tu. Dia dah ada jenis-jenis.. pack biru , merah, pastu hijau ultra.. (bukan hijau newborn/small)..

Jadinya, aku memang dah lupa pasal Mamypoko. Takdela lupa terus, yang aku ingat mamypoko memang menyerap terbaik la.. sebab masa awal-awal tukar dari mamypoko ke huggies.. aku menyampah gak dengan huggies... kahkah! Time tu aku rasa huggies ni tak bagus langsung kadar penyerapan. Ateeeee dah kau membandingkan dengan yang mahal kan..


Kalau nak ikutkan, masa baby-baby dulu.. ada satu hari tu mamypoko habis stock, Wan lak kerja.. abahWan dengan adik yang dia g belikan diapers.. dorang tanya aku.. nak guna apa.. nak cakap mamypoko, tapi cam tak sampai hati.. (sebab bukan duit aku, duit atok eh) so aku cakap jela huggies. Cer kalau aku cakap mamypoko, memang sampai sekarang la bermamypoko, sampai jadi mamypokai. Kuikui.. 


Nak dijadikan cerita, time balik kampung aku memang bawak diapers sebungkus tu ha.. 64keping.  Tapi, kampung ayah dengan kampung mak aku jarak dalam 10minit camtulah, memang hari-hari berulang alik jela.. jap sana jap sini. Fedup gak kot, kalau kawen dekat-dekat ni. Kahkahkah.. Ceh macam kan kau dengan Wan tu jauh-jauh la pulak.. Bandar Tasik Puteri dengan Kampung Bendahara,, eh jauh gak tu.. sejam baru sampai :P


Ada satu hari tu, tertinggal lak lampin pakai buang. Haha semua pun malas nak g amek.. padahal 10minit je pun naik kete.. :P Kesudahnya beli aje yang lain.. (kedai dekat sikit) Kebetulan kat kedai ada mamypoko je.. hantam jela.. beli. Tapi beli yang kecik jela.. Dan...... sesungguhnya aku telah jatuh cinta kali ke-2 dengan mamypoko. Haha!!  Macam mana nih??


Pernah la jugak pakaikan Ayra Drypers.. tapi pelekat tu tak best. Eh sekarang pelekat dia dah style baru kan? Ntahlah. Pastu, PETPET pun pernah.. tapi aku takde la repeat beli dah. Pastu ada la few diapers jiran aku bagi, takde jenama.. and ada jugak sample-sample free.. memang semua nya okayla.. cuma time pakai diapers yang jiran aku bagi tu.. pakaikan time malam.. esok pagi tengok cam nak merah-merah sikit.. terus aku tak berani nak pakaikan malam-malam dah, pakai siang kejap-kejap je..  Ntahla.. kenapa aku macam dah set dalam otak ni, kalau pergi bahagian diapers, terus carik Huggies Total Protection. Padahal takdela best mana pun. Wahaha dan-dan takdela best mana, gatal nak tukar mamypoko leteww.. Alasan semata.


Huggies TP memang takde masalah dengan anak aku. Ada anak orang lain pakai sampai tembus-tembus lah apalah semua. Tapi untuk Ayra adala 2-3kali pernah jadi, tu pun sebab aku yang lambat sangat tukar.. Ruam pun takde.. Memang okay. Malam-malam pun tak pernah la aku bangun sebab nak tukar diapers dia, memang elok sampai ke pagi.. eh baru aku perasan.. baby tak berak eh time tido malam-malam?? Haha.. Seingat aku, bila dah besar ni, tak pernah lagila terjadi.. time-time sedap tidur tu kena bangun nak cuci berak si kecik.. Hehe! Berak time tidur. Comel~! Dulu masa baru lahir tu adalah.. dah malam takmo tidur, asyik nak berak nak kencing... seminggu sebungkus lampin pakai buang, pokai habis. :P


Tapi......... macam ada perasaan nak try Whoopee.. sebab macam ramai cakap whoope dia best macam mamypoko, dahla murah. Haha!! Sama jugak dengan perasaan nak try bagi susu Anmum kat Ayra lak, sebab Anmum murah sikit. Haha. Pas Anmum try susu lain lak, yang murah lagi. Pastu murah lagi... lagi dan lagi. Dan akhirnya yay! Duit beli susu dah boleh jimat, boleh beli ipone5.. Wahahhahaah!! Kedekut sampai anak jadi mangsa. ~_~ Hehe. Bergurau. Bila dah jadi emak-emak ni.. yang sebenarnya.. tak kisah pun pasal diri sendiri. yang penting anak emak cukup semuanya makan pakai.. kan? :) Wahaha lagi sekali pepura bajet cam emak yang solehah gitu. Kikiki..


Raya kelima ;)


Haha. Raya dah habis~ Dah balik Selayang dah ni. Siang tadi mengemas rumah. Dah raya baru nak mengemas.. Nak pasang langsir, bla bla.. :P Gila penat. Walaupun rumah comel sangat. Kalau rumah besar camne la gamaknya, mahu aku pitam terus. Eh rumah besar dah tentu ada maid-maid kan :PP Apa susah... Kuikui..
















1 comment:

Aty Fared said...

anak aty pakai petpet tak sesuai..merah2..dah ar beli pack besau..mamipoko memang terbaik tapi mahal nauuu...huhu...so far pakai huggies ok..so sekarang gilir2 pakai huggies ngan petpet sebab nak kene habeskan gak pet2 tu..:)

.