img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, September 15, 2012

Kihkih.. :)

Lama berhibernate. Taktahu nak tulis apa. Nak kata sibuk takdela sibuk, boleh je nak online. Nak usha-usha facebook gosip artis segala sempat aje. Nak baca blog orang lain, ada la blog-blog tertentu je, blog yang tidak menyakitkan hati. Hehe. Maksud menyakitkan hati tu.. takde menda pape pun sebenarnya, aku je cam tertacing lebih. Kihkih. Maklumlah, dah duduk jauh dengan anak ni, jiwa jadi makin halus.. Pui! Tapi betullah, dah nak masuk minggu ke-3 ni, asal balik je dari Selayang ke UPSI.. tak sah kalau air mata tak berjujuran jatuh kepipi yang cengkung tak bermaya... wahahah ni lirik lagu apa ntah, hantam aje.... :-P


Tapi bak kata Wan, apa aku buat ni untuk Ayra jugak. Untuk masa depan aku jugak. Memang la, ada orang boleh cakap, untuk apa susah-susah sambung belajar, ulat dalam batu pun boleh hidup. Alamak ai, itu ulat sayanggg.. aku bukan ulat. Aku manusia. Manusia yang ada nafsu untuk hidup mewah. Kihkih. Takdela, tak mewah pun takpe, tapi pelajaran penting kan? Cer bayangkan, satu hari nanti jadi apa-apa kat encik Wan tersayang aku tuh, pastu aku dengan takde pelajaran nya.. nak tanggung anak lagi.. pheww.. berat tu. So, apa-apahal sediakan payung sebelum hujan, tak rugi apa-apa.. mana tahu nanti ada rezeki nak sambung master lak. Hahah nampak tak cam poyo? Degree pun baru aje nak mula. Err tapi, berangan tak salah :)) Berangan seronok.. Wahaha.. Lagipun, aku muda lagi.. banyak masa lagi. ^_^


Kalau nak cerita life kat upsi ni pun, rasa macam takde apa sangat.. cuma kelas yang kengkonon sampai hari rabu.. telah bertukar jadi isnin-jumaat. Haha. Tapi aku still mengcengkelat, hari rabu malam dah cau balik umah :-P Sebab belum add subjek, patut dah kena add, tapiiiiiiii bila aku add tengok tengok kelas hari khamis jumaat, terus aku drop balik. Kahkahkah! Nanti dah last tarikh add/drop subjek baru aku buat betul-betul. Kihkih.. Banyak pengalaman kan sebelum ni study tempat lain, so takdelah gelabah cam bebudak yang betul-betul freshie :-P


Walaupun kelas takdela pack sangat, tapi kelas aku...... kejap-kejap kat kampus baru, kejap-kejap kampus lama. Penat turun naik bus jela. Kampus lama kat pekan tanjung malim, kampus baru kat proton city. Hehe. Tapi bus disediakan.. free. Err takdela free, dah masuk dalam yuran rasanya? Anw, yuran kat uspi ni berbeza-beza ikut course.. so far yang aku tanya-tanya.. yuran course aku yang cam mahal sikit.. rm2474.. yang lain-lain dalam rm1800 camtu.. still okay-okayla, nak murah masuk uitm lew kan :-P


Lagi, hostel? Satu rumah ada tiga bilik, satu bilik dua orang.. ada hall, ada bilik air, ada dapur.. Dah rumah, memang la ada semua tu. Hehe.. Bengong nya nurul. Aku sorang je dari selangor/kl. Yang lelain tiga johor, sorang kelantan, sorang terengganu. Tapi so far so good, aku pun tak kisah pun kau orang mana asal mana.. yang penting takyah nak sombong.. hormat each others.. Tapi bebudak rumah ni terlebih hormat lak kat aku... dah la panggil aku kakak.. nak taknak aku kena la bahasakan diri kakak jugak.. kihkih. Aku dah la tak biasa lembut-lembut sopan-sopan ni.. tapi... dah dorang kan bakal cikgu.. perangai pun semua macam menantu pilihan. :-P Hehe. Insyallah nanti aku pun terikut jadi wanita melayu terakhir..... Muahaha~







1 comment:

Aty Fared said...

Tetibe teringin nk belajar blk...smbung master..:-) insyaallah...satu2 setel dulu..betul..ape yg kite buat ni walau nmpk mcm buruk sbb kene tnggalkn anak bagai tp sbnrnye adalah terbaik tuk mase depan..untuk diansk gak..:-) gud luck nurul

.