img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, September 10, 2012

Luahan hati.

Bila manusia ni obses, serius boleh menyebabkan manusia lain menyampah. 
Contoh obses....


Kemain lagi mengutuk orang bersalin kat private. Cakap membazir duit lah, tak bagus lah, bla bla. Huk alorh, sebenarnya.. kalau kau mampu.. kau pun nak bersalin kat private kan? Ni tak.. kutuk-kutuk.. tapi dalam masa yang sama.. kau mengeluh dengan service lambat lah, husband tak boleh teman lah, itu lah ini lah. Psiko ke apa. Sama la dengan buat checkup anak/ibu.. kununnya.. kalau buat kat kk.. lebih detail.. lebih bagus. Hek eleh.. tapi tetap aje kau sokseksoksek cakap bontot kemetu, nurse tak mesra alam. Alahai... senang cite, cakap jela.. kau tak mampu. Setel. Takyah nak menggelabah cakap orang yang buat checkup kat private, bersalin kat private ni membazir seperti setan. Geram.


Pasal susu.. Yang obses dengan susu ibu tu aku dah tak larat nak cakap apa. Lantakkanlah. Ni yang dok cakap minum susu mahal-mahal itu adalah membazir. Phewww...... Apakah? Kengkonon, semua susu tu sama aje. Kalau sama, kenapa harga berbeza? Cuba terangkan please....... Ayra takdela minum susu yang terpaling mahal, masih dalam range tengah-tengah.. s-26gold. Tapi bila ada yang bertanya, harga berapa.. berapa kotak sebulan.. Pastu pepandai buat calculate.. Pastu cakap membazir nya.. Menyampah aku. Bukan guna duit engkau yang bercakap tu. Memang la beli susu pun bukan guna duit aku, guna duit Wan... tapi Wan tak pun cakap apa-apa.. dia okay je, so selagi dia okay, aku rasa benda tu okayla... Takdela sampai kena makan megi sebungkus share berdua semata-mata nak beli susu anak. Masih boleh lagi. Orang luar taktau cerita, tak payah nak concern sangat. 


Manusia ni memang ramai yang poyo, yang aggap diri dia sendiri aje betul. Kengkonon outspoken. Puih. Bila suruh berhujah betul-betul, larik. Pengecut. Biasalah, orang poyo. Cakap je lebih, tapi habuk pun takde. Kau jela betul eh? Kau ajela.. Silakan. Aku tengok sejauh mana kau boleh pergi. Yang mana, aku sangat pasti akhirnya kau akan malu sendiri.

1 comment:

D Yatie said...

saaaangaattt setuju! pelik kan? part susu. menyampah gila bila ada juga yang underestimate kita yang bagi susu tepung kat anak. puih jugak! sangat tak suka obsessive sangat nih. :(

.