img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, September 28, 2012

Lapan Bulan.

Ayra Batrisyia sudah lapan bulan. How time flies kan... :) Pejam celik je. Kalau nak ikutkan, anak aku tu bukan dalam kategori baby yang debab-debab. Muka iyelah bulat, pipi tembam.. tu memang sejak dalam perut lagi sonographer dah cakap.. hehe. Tapi kalau badan tu, biasa-biasa je. Yang membuat orang selalu terkonpius dia dah setahun ke.. apa ke.. sebab dia tinggi. Haih.. Memang ikut si bapak sangat. Muka pun cam banyak ke arah Wan. :) Tapi orang cakap, memang bagus pun anak perempuan ikut muka bapak, sebab.. sejuk.. kengkonon takdela perangai panas baran, pemarah.. bla bla. Eh aku ni ha banyak ikut muka mak aku, tapi takdela pulak aku panas baran, kihkih. Kepercayaan karut, tapi sekadar suka-suka nak amek tahu.. tak salah pun, jangan nak taksub sangat pula ;)


So, apa yang budak kecik tu dah pandai? Hehe. Rasanya, sama je dengan bebudak sebaya dia. Kalau tengok kat babycenter tu.. Ayra dalam kategori yang tengah.. kira apa yang dia reti buat tu, memang selari dengan usia kebanyakkan baby sebaya dia. 


-Gigi dah ada enam batang. Gigi atas adalah besar. Kelakar. Hehe. 


-Kalau kita cakap bye-bye.. tangan tu dah pandai lambai.. bukan lambai kiri ke kanan.. style dia lambai tangan tu ke atas ke bawah.. camne eh nak terangkan? haha bayangkan jela. Kalau kita suruh salam lak.. dia akan hulur tangan kat kita.. hehe. 


-Ada la few words kalau kita cakap, dia akan ikut.. ada bunyik hujung-hujung. Tapi aku rasa tu kebetulan je kot. Takkan la baby umur lapan bulan dah reti bercakap. Sangat tak logik.


-Suka sangat kalau kita dirikan pastu pegang tangan bawak dia berjalan. Ala-ala tatih tu.. :) Eleh, baru pandai duduk merangkak.. pegang-pegang sana sini.. hehe. Dalam percubaan nak berjalan. Aku ada cakap kat mak aku, takkan la cepat sangat nak berjalan, tapi mak aku cakap.. aku ni dulu umur sembilan bulan dah berjalan. Hehe! Tapi ntahlah, just tengok jela.. Lambat ke cepat ke.. baby berbeza. Maybe cepat kat sini, lambat kat sana. 


-Semakin kuat minum susu. Orang cakap, kalau dah start makan-makan ni, kurang minum susu. Tapi budak kecik tu makin bertambah lak. Makin banyak minum, makin kuat kencing. Diapers tu kalau dulu, malam sebelum tidur sampai la bangun pagi.. dalam 9am.. takdela penuh sangat. Tapi sekarang ni, subuh memang kena tukar.. kalau tak, memang dia akan ek ek.. tak selesa sebab dah penuh sangat. Tapi, takdela sampai kena bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak tukar diapers.. Standard la tu subuh, bangun. :) Oh, malam-malam memang dia masih akan bangun untuk menyusu.. ek ek sumbat susu, minum sambil pejam mata. Lagi satu, kalau nak tidur, kena ada napkin untuk dia pegang. Haha dia takdela nak mengentel ke apa, just nak pegang.. layankan jela.. 


Tu jela kot? Sama je dengan bayi-bayi seusia dia. ;)


Sebenarnya aku sedang mengalami masalah cirit birit. Watehal la kan........ sengsara tau. Tak boleh nak tidur.  Huhu.. Dah berapa ulang kali ke bilik air dah ni. Kikiki.. Apa ntah aku makan? Aku syak aku termakan Pau Yik Mun yang basi (haha the best pau kat tanjung malim.. puih! tak sedap pun..). Nak revise nota-nota, adalah cam terlebih rajin lak nak study kan, bajet cam budak dekan sangat. So marilah kita menaip di blog, sesambil menyibuk baca blog orang lain. Haha.. Orang lain memang dah enak dibuai mimpi, tapi malam ni kan malam jumaat, haha tidur awal ke masalahnya? :-P Hewhew.. Okayla, rasa cam nak ke bilik air again. Benci la bontot ni tak beradab! :-S








1 comment:

Mimy Hamid said...

tak samaaa....fayel takde gigi lagi ..diri pun tak pandai lagi..hehehe

.