img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, September 24, 2012

Tidur!

Pejam celik pejam celik, budak kecik dah nak masuk lapan bulan dalam masa dua hari lagi. Cepat sangat masa berlalu (haha ni ayat klise kan? asal anak menginjak bulan je, mesti cakap.. cepatnya masa berlalu :-P) Tapi memang betul lah, sedar tak sedar budak kecik dah nak meninggalkan fasa ke baby an.. Tetiba rasa sebak lak, ngeh..over.


Life kat sini lak getting better, aku takdela sampai ke tahap nak ulang alik hari-hari. Kelas isnin-khamis, takdela padat sangat.. waktu petang-petang untuk elakkan aku meroyan ingat budak kecik :P maka aku sibukkan diri cariklah aktiviti apa-apa. So far, aku baru join kelab kayak.. which is kelab ni bukan suka-suka, memang masuk pastu dia train untuk tournament.. hehe! Bunyik cam best kan? :) Setiap hari isnin-rabu-jumaat kena workout kat gym (yay boleh kempiskan perut..!) Hehe. 


Hari tu, kena buat water confident dulu, tapi disebabkan aku period.. aku tak berani nak masuk tasik, takut kang tersampuk apa kan.. yelah tengah kotor kan, so aku lepak jela tepi tasik sambil borak-borak dengan senior sambil tengok bebudak lain buat water confident.. hihi.. :-P Padahal sebenarnya, aku dah semput sebab mengayuh basikal dari kolej ke kampus.. Dan-dan buat alasan period tak berani nak menyelam dalam tasik.. dahla aku tak pandai berenang.. Wahahah. Oh, sebut pasal kayuh basikal ni, bontot aku still sakit lagi.. dah serupa macam kena liwat je.. Haha.. Macam pernah diliwat je, ayat suka nak buat saspen kan -__-


Alamak, dah pukul 1am. Gila tak tidur, esok (eh hari ni kan?).. kelas adalah dari pukul 8am-7pm. Haha.. Phew~ Gila punya jadual. Gudnite! Rindu budak kecik :'( Bapak budak kecik jugak :'( Empat hari lagi.. sabar.. kuat. Tapi mak aku ada pesan, jangan terlampau ingat Ayra.. sebab nanti budak tu boleh rasa mak dia rindukan dia, pastu nanti budak tu akan nangis.. Hmm... Lelagi kalau budak kecik tu pernah minum susu ibunya.. Huaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :'(( Dah! Pejam mata, tutup laptop. Settle.


Zzzzz.























No comments:

.