img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, October 8, 2012

Demam campak.

Ayra tak pernah demam teruk, tak pernah di beri ubat, ye aku memang tak pernah sumbat apa-apa ubat kat mulut dia.. walaupun selalunya kalau lepas cucuk mesti mak-mak akan sibuk bagi anak ubat kan. No, aku tak. Ntahlah, maybe sebab aku taknak biasakan diri dengan ubat. Lagipun kan kalau cucuk tu sebenarnya dia cucuk benda tu untuk melemahkan badan kan.. so bila badan lemah, badan akan berkerja untuk fight.. ni kalau dah disumbat ubat, camne la badan nak berkerja dengan kuat, kerja ala-ala kadar je. Janganlah kondem aku lak sebab tak bagi anak ubat eh, terpulang lah, anak masing-masing. Mana ada mak yang sanggup tengok anak dia sakit kan, kalau dah suhu badan 40'c, but kau still buat bodoh, memang kejam la pulak.. ;-S


Cerita panjang tak guna. Nak bagitau anak kecik aku tu.. sedang mengalami demam campak.



Tapi dia takdela nangis-nangis ke apa, boleh ilekkk je ketawa. Well, benda tu normal kot? Sebab baby ni kalau sakit pun tetap aje nak melasak.. huhu.. 



Ada orang cakap, kalau dah kena time kekecik ni, besar takkan kena dah? Hm.. Harapnya begitu. Tapi ada jugak yang cakap, kalau kena time kecik sangat, dah besar tetap aje akan kena lagi. Lah? Kalau muka ada parut, tak cantik lah nanti *mata keatas* poyo je mak kau ni.


Oh aku memang ada kat upsi ni ha, baru aje sampai pukul berapa ntah tadi. So nak kata aku tak sayang anak ke? Tinggal anak sakit-sakit. Gilo. Kau jeles sebenarnya dengan life aku kan? Huahua. Matiklah perasan orang jeles. Kau ingat kau retis ke nurul oii.. :-P Anw, Upsi-kl sejam aje, takde masalah langsung nak ulak-alik la derr. ;D Lelagi laki aku bawak ferrari, memang takde lah sampai sejam pun.. beberapa kelip mata aje dah sampai.. Wahaha okay ini aku tipu.. tapi satu hari nanti insyallah :-P kahkah nak jugak tuew :)




*Hidup perlukan pengorbanan ;) 
*Takde mak yang tak sayang anak.
*Jangan menyalak eh? ;-) Peace~ v(-__-)v







2 comments:

Honey_Dear said...

AB kene campak?
aiyo cepat sembuh.
macam musim campak lak skarang.

kalau kene campak kecik, memang dia akan aktif, tapi kalau campak besau, tu yang akan meninggalkan parut tu.

campak kecik boleh kene banyak kali, tapi campak beso tu, sekali jelah seumur hidup..

Wawa said...

agh tipu lah dah kecik kene campak, bile dah besar tkkan kene. saya ni mase umur 21 tahun kene campak. hahaha. mmg scary mary la dgn parut2 di muka dan badan. tp skang dah hilang. tinggal patut stretch mark preggy dlu plak. kihkih. :p

.