img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, November 26, 2012

Random Merepek, Pureen, Sepuluh bulan.

Lama menghilang kan. Sibuk. I pergi bercuti. Biasalah tetiba menang nombor naik, terus dapat 100k. Terus beli tiket flight, terus melancong. Haha dasar manusia mata duitan khenn? Apa-apa pun peduli la duit dari mana, yang penting I enjoy dengan percutian ni... *matakeatas*


HAHAHA tak boleh bla. Tetiba beli nombor, pastu menang. Hiks. Takde makne semua tu.. Ni gara-gara tengok orang jual nombor la malam-malam kan kat area chowkit tu banyak bersepah. Huhu.. Wan lagi over dia cakap, kalau menang 500k.. macam-macam berangan! Kahkahkah.. Sila abaikan kami yang bersikap kebudak-budakkan. Bukan nak buat pun, saje suka merepek. Memang bodoh sangat. Dah, tutup cerita. Bak kata Wan, duit haram tak berkat, nanti rumah tangga tak kekal lama, ha tahu pun kau.. :P


Apa nak cite eh? Cite pergi Pureen Warehouse sale? Hehe.. Kitorang pergi hari Sabtu, pukul tiga kot dari rumah? Ke pukul tiga sampai sana. lupaaaaa banyak makan semut ni! Huu..Tapi pergi sana tak beli baju pun, tak masuk bahagian baju pun... haha so taktau keadaan kat baju acane, adakah lengang je, biasa-biasa je.. or apa-apa lah. Kitorang kat bahagian depan je, beli liquid cleanser, baby wipes, yada-yada.. benda-benda seangkatan tu. Tapi macam ramai jugak la.. hihi sebab ni masuk kali ke-3 pergi, ni jugak yang paling takde luck sebab parking jauh sikit, kalau dulu dapat parking betul-betul depan pintu masuk.. ^_^ Sebenarnya kalau takat nak beli benda alah camtu, pergi next week expo kat Mid pun boleh aje kan? Haha.. Tapi mengada lebih. Diam lah kau.. :P


Lagi........ ha hari ni 26hb, ada apa dengan 26hb? Berani taktahu 26hb ada apa?? Haha. Anak dara aku tu sepuluh bulan. Omaigad omaigad cepatnya masa berlalu (ayat klise kahkahkah!). Semoga Ayra membesar dengan sempurna, amin.... ;") Eh camno eh kalau takmo anak terbiasa dengan tangan kiri aka kidal?? *tetiba. Ramai gila orang cakap Ayra nanti dah besar akan jadi kidal, eh takdela nak kutuk kidal ke apa.. sebab sedar diri.. aku dengan Wan pun kidal jugak.. huahua.. tapi cam tak best la kan.. ke typical je pemikiran camtu tak elok bla bla? Bukan ke orang kidal lebih cerdik, lebih itu, lebih ini.. haha nampak tak macam nak puji diri sendiri la pulak.. kikiki..


Apa yang budak tu dah boleh? Dah boleh berjalan dah. HAHAHA, pastu dah tahu ABC, 1-10.. Alif Ba Ta........... Okay penipu. Bai.. :P


Rambut dah banyak! Yay~~! *rolledeyes*

















.