img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, November 17, 2012

Saya tak mintak peluang kedua, saya cuma mintak satu peluang..

Tak plan pun nak tengok cite istanbul aku datang, sebab aku tak suka tomok. Haha rasa macam takleh terima tomok berlakon. Pastu rasa macam, ni mesti cite bodoh-bodoh je ni.. hihi. alah, biasalah standard filem melayu kan? biasa-biasa je..

Tetiba je, cek gsc.. tengok timing semua, tanya Wan, dia okay.. mari kita menonton!

Cerita ni? Boleh la.. kelakar-kelakar, sweet-sweet.. takdela boring, ada part boring.. part kalau tomok yang berlakon.. kahkahkah, tapi tak banyak la.. yang lain lain tu enjoy jugak la..  Lisa comel.. hehe.. Tapi Tomok dengan Aizat tu memang takyah la jadi pelakon eh, tak boleh bla.. kaku.. tak best. Hahaha.. Tapi abang Beto i like.......... hehe.. Siapa suka Beto sila angkat tangan? Aku suka...... Walaupun dia tak kacak, biasa-biasa je tapi ntahlah.. manis kot? kuikui... :D


Anw, kalau aku pun aku pilih beto dari tomok tu walaupun bercinta 10 tahun ke apa. Haha alamak, spoillll.. Kihkih.. Ala, siapa alert dari awal pun dah boleh tahu siapa yang Lisa pilih :P Kan suara beto memula tu.. pastu ala, cite melayu kan.. boleh agak dah ending nya.. (-_-")


"saya tak mintak peluang kedua, saya cuma mintak satu peluang..." alololo shomel je bila beto cakap camtu.. ;))






























.