img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, November 15, 2012

Set bersalin tak penting pun rasanya, keluarkan dari list sekarang.

Dulu-dulu masa sebelum bersalin, takdela kecoh sangat nak beli set bersalin apa. Tetiba rasa nak beli, terus beli.. aku beli set bersalin Nona Roguy. Pas dah beli tu, tetiba set bersalin Tanamera pulak macam terpopular. Tapi takkan nak beli dua-dua, kalau satu set bersalin tu rm30 boleh la beli dua terus, ni satu pun dah 300plus plus.. pakainya entah tidak.. haha.


Macam set bersalin yang aku beli ni, yang paling aku guna minyak herbanika tu je. Yang lain-lain tu non ado.. pil pyhtonatal pun tak makan sampai habis... dah takde sembelit-sembelit, takde sakit-sakit, terus lupa. haha.. sibuk la jaga anak, sampai diri tak terurus, boleh tak bagi alasan camtu? puih..


Selalu je berazam nak guna benda-benda cam mandi lulur lah, krim barut lah apa lah.. tapi, asyik terlupa. Macam mana? Sama jugak pakai bengkung, nak pakai pb pun malas, apatah lagi bengkung tradisional yang lilit tu.. Grr... apa motif ntah aku beria beli, tapi tak pakai.. tak guna, kan? Haha.. Agaknya kalau aku jual pb tu kat orang lain dengan harga rm500 sahaja, ada orang nak tak? Kahkahkah.. rm500 pun duit jugak kot, lepas la beli kan sehelai tshirt ed hardy yang terpaling murah untuk Encik Ridzuan.. besday dia kan hujung bulan nanti.. muahahaha....besday yang ke 16, kahkahkah.. mudanya awak *mata ke atas*


Kalau nak tahu, aku takde de pakai pilis param apa semua tu.. bengkung pun pakai dalam sebulan dua camtu je la kot.. berpantang aku macam tak pantang pun sebenarnya.. cuma satu jela yang macam orang pantang.. tak keluar rumah. Huahuahua.. Yang lelain, semua kasi langgar.. bab makan tu takde la kejam sangat.. boleh je makan kfc pizza segala.. kuikui.. aku lak yang takut-takut nak jamah, i kan kekampungan sikit.. dah memang orang kampung pun, kampung bendahara, batu caves.. kikiki..


Pungpangpungpang, kesimpulannya, pasni kalau bersalin takmo la beli set bersalin dah, macam membazir je.. hahaha.. Ceh, cite sekarang lain, nanti bila dah teruja dapat second baby, semua benda mesti nak beli nya! Haha dahla kalau nak mengandung kena tunggu habis belajar. puih.. lama tu.. camno nak anak ramai ni? bhahahahaha... takpe, lek-lek je dulu.. setelkan apa yang perlu disetelkan dulu.. ^_^ eh tapi kalau bersalin tetap nak bersalin kat private.. kahkahkah.. mengada! pang satu kali.. pedulikkkkkkkkkkkk! i kan manja.. :P


Eh tadi sebenarnya nak cerita i keluar tengok cite Ajiboy, haha kau mampu tengok cite tu? Kwangkwang.. tapi bila dah menghadap laptop ni, hidung aku terbau jamu-jamu lak.. tu yang tetiba cerita benda lain... Hihi.. Babai~~

.