img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12, memang cerita merepek, taip panjang-panjang cecah lantai.

12.12.12
Tarikh cantik, mungkin ramai yang akan pilih tarikh ni untuk bernikah. Apa ada hal bernikah bukan public/weekend pun. Nanti resepsi barulah buat jemput ramai-ramai kan. Tapi terpulang kat masing-masing, ada duit, apa-apa pun boleh jalan, walaupun orang kata...... duit bukan segalanya. Memang betul duit bukan segalanya, tapi kalau kau takde duit, nak kencing kat public toilet pun tak boleh, kena la kencing celah-celah pokok tu ha..


Tengok ticker kat sebelah ni........ ----------- dua tahun sembilan bulan.
Haha baru dua tahun lebih eh aku hidup dengan lelaki itu? Apa ke rasa macam dah lama sangat? Haha belum lagi sepuluh tahun, dapat bayangkan tak..... camne lah keadaan dua puluh tahun akan datang? Tapi aku dapat rasakan walaupun itu pakcik adalah garang, tapi sebenarnya dia adalah comel. Dia jadi garang sebab terlebih caring aka over proktektive, itu tak boleh ini tak boleh omaigad omaigad pening aku. Haha........ Habis la ayra.. aku dah dapat membayangkan camno lah nanti ayra nak kenalkan boipren dia kat Wan.. konfirm bopiren ayra cuak-cuak.. haha tapi don wori my doter, ibu mu ini adalah seorang makhluk yang fun. Apa cicit sultan selangor? Okay konfrim, bila date nak nikah tu? HAHA over pulak. Carik yang biasa-biasa aje.. kalau kaya sangat pun, belum tentu menjamin kebahagian kan.


Tapi kalau boipren ayra macam boipren adik dia yang kecik tu, wan okay kot, sebab boipren adik dia tu cam baik-baik nerd nerd. Hehe. Wan pun mcm suka la jugak kat boipren adik yang tu, kira tak risau lah..  Macam kelakar, boipren adik dia sebaya aku, plus adik Wan yang sorang lagi pun sebaya aku. Haha dah lah tak panggil aku kakak, semua panggil nurul je. Hoih ini kak ngah ni. AHAHAHAHAH geli lak aku taip, takpe, kita lek-lek je. Nak muntah pulak kalau tetiba kena panggil kak ngah nanti. Tapi bakal suami adik dia yang baya aku tu umur lagi tua dari Wan, haha apakah kompliketednya! Haha age is a number lah. Yang penting jiwa muda, kita rock~~~ v(-_-)v


Adik-adik aku belum ada makwe lagi....... lambat lah tunggu dorang. -_- Haha. Ntah aku dah beranak lima baru adik-adik aku kawen kot, tulah beza umur jarak-jarak, kan ke tak fun? kesian hidup aku takde adik beradik umur dekat-dekat nak share masalah...... so, kepada yang merancang nak anak tu, janganlah rancang sampai beza 7-8 tahun.. huhu.. haha! tetiba je..


Dah, melalut apa ntah........... dari tarikh 12.12.12 ke apa cerita ntah aku ni.


Last week kan, aku dahla takde mood, biasalah pms. Pastu bila tengok Wan, tetiba aku boleh cakap camni depan dia 'kenapalah aku boleh suka kau', 'buruk lah bukan hensem pun' bla bla....... KAHKAHKAH. Ala, selalu je kot gurau-gurau camtu, kitorang kan bengong-bengong. Ntah macam mana ntah boleh jadi makbapak. Eh ntah macam mana hape, Wan yang saje nak anak.. senyap-senyap tak memberi kerjasama... haha kalau ikutkan boleh aje maintain lagi tunggu habis belajar ke kan... setahun sebelum tu lek-lek je.. Muahaha bodoh ni. :/


Pastu pakcik tu sentap, dia cabut charger laptop aku tak bagi online.. eh... aku pun pergi la luar sebab kat luar bilik ada plug lagi :P Sekali, dia pergi kunci pintu bilik. Muahaha. Apakah ni? Takleh bla. Merajuk macam pompuan. Ada aku kisah? Aku peduli apa, aku online je tepi tangga. Internet lagi laju kat situ. Hehe..


Tak lama pastu, dia bukak pintu bilik tanya siapa lagi hensem, dia ke exbf aku. Soklan bangang. Bencik nak jawab. Haha. Tapi kena la jawab itu pakcik yang hensem kacak macho macam aaron aziz. tapi memang pun.... dulu dulu masa awal-awal bercinta aku rasa Wan memang hensem pun, cuma bila dah hari-hari tengok muka, aku rasa eh apakah yang hensem nya aku tengok dia ni dulu. Kikiki. Tapi dia memang taste aku la, aku suka lelaki tinggi, tak kurus badan biasa-biasa tapi sekarang dia dah buncitttt muahaha. Pastu aku kan tak suka lelaki kulit putih sebab tu aku takleh terima cite-cite korea, kpop kejadah semua.. euwww geli. Lelaki harus berkulit gelap okay! Tapi Wan takdela gelap pun, kalau nak ikutkan dia lagi putih dari aku. Takdela putih, coklat cair-cair gitu. Barulah maskulin. Aku taktahu pun apa makna maskulin, main taram je ni.


Bila tengok orang lain bercinta kan, serius tak macam kitorang pun. Manja-manja apa ke semua. Haha.... Wan mana reti nak puji-puji aku, yang dia tahu mengutuk je. Pergh siapa tak tahan dengan dia, memang hari-hari makan hati, berendam air mata. Haha. Ada je hari tu webcam dengan aku, boleh dia cakap aku macam orang minyak. Hello? Orang minyak ni jugak yang kau terhegeh-hegeh dulu. Dia cakap dulu nak ngorat aku kemain susah. Dulu kemain puji.. puih habis madu sepah dibuang, sekarang ni nan hado.... bila aku dah merajuk baru lah nak cakap.. dia gurau-gurau. Gurau kasar nama nya tu bang oi.. Kadang tu sentap jugak. Tapi ntahlah, aku pun kalau hari-hari tiap-tiap saat nak cakap i love you, i miss you.. rasa macam...... euwww.... menyampah jugak.


Ha, sambung pastu dah bukak pintu bilik tu, aku pun masuk la dalam bilik. Pastu Wan cakap apa ntah, terus rasa cam air mata berguguran jatuh ke pipi. HAHAHA.. Marilah kita mengangkut bantal dan selimut ke bilik sebelah. Hihi. Tahu pun nak pujuk pastu :D Bukan nak mintak dipujuk pun......... tapi orang kalau tengah pms ni, tacing tu lebih sikit, pepaham jela.. tetiap bulan kenalah bersedia dengan emosi yang tidak keruan itu. Kira okaylah ni period, buatnya tak period? Ha, tahu pastu gelabah kot ayra dapat adik lak. Tak dapat ku bayangkan Ayra nak beradik dah, sangat kelam kabut jadinya. :/



Aku sebenarnya macam biasalah nak cerita benda lain tapi tiba-tiba jari ku yang runcing (runcing keeeee?? haha jari yang runcing adalah akan lagi cantik kalau disarung cincin dari Tiffany and Co, haha tetiba) Dahla, mahu tidur. Eh tadi tengok cite Aku Dia Dan Tong Sampah, alahai Betooo..... kenapa comel sangat!! Dupdap my heart. Kuikui. Dah, dah dah. Gudnite.. Gila punya orang tak reti nak tidur.



Emak yang comel akan melahirkan anak yang comel. Comelnya anak akuuuuuuuuuuu. Muahaha!  


*bunyikcicak*














.