img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, December 1, 2012

Cerita azam 2012.

Hi, hari ni dah Disember. Tinggal lagi sebulan je....... dah nak bai-bai kat 2012. Sedih~~~ Kalau nak cerita wish yang belum tercapai tu.... haha biasalah manusia memang suka berazam aje lebih tapi habuk pun takde. Kahkahkah.. 


Macam aku, yang aku kengkonon 2012 ni aku nak buat tiga benda. Tapi non hado nya.. erkk adalah sikit-sikit habuk tu.. 


-lulus test jpj, haha!!!! wei zaman bila nak ada lesen ni? haha.. kena tunggu cuti panjang, aku dah lah hari selasa ada kelas, test jpj hari selasa je la pulak, camno?? taktau kat tempat lain hari apa, kat tempat aku buat tu area belakang giant batu caves sana tu.. test hari selasa je.. haih.....so kena bertabah tunggu cuti sem, cuti sem adalah tahun depan?? bencikkkk. takpe, tinggal lagi sikit je, tang jalan raya je tak pass :/ loser betul. tapi takpe, lek-lek.. tapi L aku dah nak mati tahun depan........ argh stress acik! 


-sambung belajar. haha yang ni berterusan la kiranya. tapi baru nak penghujung sem satu  ni pun aku dah berjuta  kali berzikir tension belajar. orang lain belajar sampai phd boleh je, ni aku baru nak buat degree dah rasa macam batu terbeban kat kepala, ke kepala otak dah berkarat? kahkahkah. tapi sebenarnya lebih kepada teringat anak..  wey perempuan, kuat tak boleh ke? kata nak jugak merasa pakai jubah convo pastu amek gambar anak keliling pinggang barulah keluarga bahagia (ewah! muntah hijau -_- )


- jadi emak. ni sesape pun boleh jadi emak kan. nak jadi emak yang terbaik untuk anak... bla bla.. so far aku   boleh jadi emak, tapi nak jadi emak yang baik tu belum lagi kot? banyak benda aku kena ubah. tapi, point utama is dah ada anak. haha. apa-apa la labu, hantam saja.. tapi selama aku jaga ayra lah kan, alhamdulilah, walaupun aku nampak macam jaga budak kecik ikut cara old skol, cara kuno.. tak macam orang lain yang heh moden sangatkah engkau, bandar sangat ke? pui.. kahkahkah setiap orang berbeza lantak la anak dia. okay fine. tapi tulah, bangga gak la jugak dengan perkembangan dia, nak kata ayra tu cepat sangat tu takdela, tapi sikit cepat la......... haha....... riak riak nauzubilah!! dah dah kalau kita cerita anak kita je yang hebat, nanti orang menyampah, so buat biasa-biasa je.. :')) rambut pun sikit. *tetiba rambut. T_T


Alololo omelnya anak aku.. HAHAHAAHA!!! 
Ini gambar adalah kerja si bapak minggu lepas, dah tahu aku jauh dengan anak, boleh lak bagi gambar ni kat aku? Hoih ini boleh bikin gaduh. Haha.. Macam kan takleh tunggu aku dah balik selayang ke apa baru bagi kan.. grr. Tapi takpe bersangka baik, mungkin dia nak aku lebih bersemangat belajar. kahkahkah..... dahlah, merapu lebih, baibai. 







.