img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, January 27, 2013

Imbas kembali : Lahirnya Ayra Batrisyia.


 ENTRY YANG PANJANG

11.43pm, 26Januari 2012,
3.23kg, normal delivery, with vaccum assist.

Beberapa minit selepas keluar..

 Setahun yang lalu.........


Malam tu.. perut i keras sangat, bila sebelum tidur tu.. ketuk-ketuk perut, memang rasa lain. I ingat i penat berjalan, letih.. i anggap benda tu normal, sakit yang alah bukan nak terberanak pun. 


Pagi tu..... bangun macam biasa. Lepas hantar Wan g kerja, ceh hantar padahal tengok dari beranda je pun :P Macam biasa, i akan sambung tidur pas Wan pergi kerja. Tapi tetiba rasa nak terkencing. Hehe.. Dan i tak syak apa-apa.. yela biasa lah tu asyik nak terkencing je kan.. Masa dalam bilik air tu, memang ada bunyik macam 'pop'.. tak sakit, i ingat i terkentut. Hihi. Dah setel, i nak baring atas tilam.... tetiba rasa macam ada benda panas kat seluar.. dalam hati dok fikir.. apahal terkencing pulak ni.. Muahaha..


So, pergi bilik air semula. Tengok-tengok air mengalir laju........ non-stop. Terus mengigil. Kikiki.. Taktahu nak buat apa.. Tak terfikir pun nak pakai pad ke apa. bhahaha lawak betul. Dah lama sikit, baru la i dapat berfikir dengan betul. I msj Wan cakap i rasa air ketuban dah pecah, tapi i tak sakit, and dia tak perlu nak rush balik rumah. Berani sangat kan i? Hehe. Pastu i mandi.. dah siap mandi, i online, main games.. update blog.. sesambil google pasal air ketuban.. i msj mak i jugak, mak i suruh pergi hospital cepat-cepat takut baby lemas..



Tak lama pastu, i dah rasa sakit sikit. Tapi tak kerap pun.. kira contraction manja-manja :P I pun tidur.. sampai lah Wan balik rumah. Kemas-kemas, bawak apa yang patut, terus pergi hospital. Odw nak ke hospital tu, contraction dalam 15minit sekali, tapi still boleh bertahan lagi.. i kan gagah :P , sempat la kitorang singgah makan dulu, pergi bank.


Sampai hospital, pergi kat kaunter. I blur je.... hehe. Yela sebab i takdela sakit teruk sangat time tu.. sakit yang boleh ditahan, bagitau air ketuban dah pecah bla bla.  Terus masuk jumpa doktor. Hehe. Dahla sehari sebelum tu i jumpa doktor tu pastu i ngadu i tak sakit, i ni macam lambat je nak bersalin bla bla.. hehe. Dah masuk tu, doktor tu cakap.. 'eh dah sakit?' perli i letew.. hehe.. pastu prosedur macam biasalah, buat VE..  bagi i ve adalah... takla sakit, tapi macam senak. Masa tu baru bukak 2cam kot? I lupa la.. 


Sebab baru bukak 2cm, takkan la nak masuk labour room kan. So kena la masuk wad dulu :P Bilik i tu, okayla.. ada aircond, ada bilik air, ada tv, ada kipas, ada katil dua, lagi ada apa eh?Dalam tu takde orang lain, i sorang je..  kiranya selesa dan privacy la. 


Masuk dalam wad, nurse pasang alat nak buat ctg tu kan. Pastu doktor datang melawat.. haha. Bukan melawat sesaje, nak masukkan apa ntah kat bawah tu.. sigh* kiranya untuk tengok ada bakteria ke apa ntah, sebab i punya air ketuban kan dah lama keluar.. huhu.. Masa doktor tu datang, i tanya.. VE? haha. nasib baik tak, tapi sama je.... cuma kali ni tak senak.. tahu-tahu dah setel.


Dalam pukul berapa ntah, doktor datang lagi, tanya i nak amek epidural ke? Hello muka i ni gagah kot, takpayah amek pain killer :P Kahkahkah. Poyo. I cakap taknak.. takut effect jangka masa panjang... kekekeke..


Pukul 8pm, kali ni kena seluk. Bukaan dan 4cm. Maksudnya dah boleh masuk labour room. Hehe. Nurse pun cakap i dah nak bersalin. Dan i sangat teruja. Sebab tak sakit sangat, sakit yang boleh di tanggung. HAHA tapi, bila dah masuk labour room, perghhhhhhhh nikmat sangat sakit yang datang tu.. rasa nak menendang, berguling, bertukar jadi raksaksa.. semua pun ada. Apa semua doa i lupa. Teruk kan? Tapi satu jela, i tak nangis, i tak menjerit... tapi dalam hati tu adala rasa macam bengang je dengan nurse. Haha tak pasal nak bengang dengan nurse, padahal takde apa-apa pun. Yela i nak berak, dia tak bagi, dia suruh tahan.. mana boleh tahan kan? Pastu i kena mengiring kaki dilipat, untuk cepatkan bukaan.. sakit dan lenguh kot? Pastu tangan i takleh gerak, sebab dah cucuk air kan. Haha, tapi tulah i protes dalam hati je.. sebab takde apa-apa pun sebenarnya..


Last-last lepas pelbagai adegan.. tahu-tahu doktor dah suruh push :) Hehe. Tapi i dah takde tenaga, so.. terpaksa lah vacuum. Kiranya normal delivery with vaccum assist.. 16jam lepas air ketuban pecah, lepas 16jam tahan sakit, memang takde tenaga lah kan.. Doktor ada cakap, kalau vaccum pun tak lepas, i memang dah nyaris kena c-zer.. huhu. Tapi takpela, apa-apa pun, baby and i dah selamat pun. :) Dah setel tu, time nak potong tali pusat, doktor suruh Wan yang potong tali pusat pulak. KAHKAHKAH.. Okaytakkelakarpun lupakan.. Lepas potong tali pusat, nak keluarkan uri pulak, i taktahu.. i pergi tanya doktor.. apa lagi pulak ni? :/


Dah setel tu, proses jahit pulak, tak lama pun. Sekejap je. Takdela sakit sangat, cuma bila benang tu ditarik rasa la ngilu :S Hehe. Lepas jahit, nurse amek turn pulak. Bersihkan i segala.. pakaikan pad, bla bla.. i masa tu memang mengigil gila.. rasa lapar sangat.. hehe. I dahla takut tengok darah, tu yang kepala rasa nak pitam :P hihi. Tak lama lepas tu dah boleh masuk wad, then i makan nasi rasanya? tak sure la, lupa, tapi menu yang berat.. haha iye i lapar gilaaaaa lepas bersalin tu.. anw, memang camtu kot? mak i pun cakap camtu, lepas bersalin memang akan lapar..


Malam tu dalam wad, i tidur-tidur ayam je.. tapi ada orang tu tidur siap berdengkur.. muahaha.. biasalah, dia yang lebih cuak rasanya mengalahkan i yang bersalin :P... Hmm, takleh nak tidur tu sebab sekejap-sekejap nurse datang, tukarkan pad lah, tanya dah kencing ke belum lah, bla bla.. Hehe. Nurse memang baik, ada sorang nurse ni, habis uniform dia kena darah i :P Pagi-pagi lak, doktor datang.. nak cek perut, tanya itu ini.. Hehe. Pastu, petang dah boleh dicharged. :)


Bermula la kehidupan emak-emak.. sampailah......... sampai la akhir hayat :) Setahun dah berlalu kan? Cepat masa berlalu, HAPPY 1st BIRTHDAY bidadari kecil.. Ayra Batrisyia.. semoga menjadi anak yang solehah dan beriman, hormat orang tua... seperti mana Ayra itu adalah hormat, dan Batrisyia itu cerdik pandai.. ameen.. 


Ibu takde harta yang banyak nak diberi, ibu takde kemewahan yang melimpah ruah, tapi apa yang ibu boleh janji.. kasih sayang ibu adalah lebih dari ibu sayang nyawa ibu sendiri, makin hari makin cinta.. ibu tahu, ibu bukan terbaik, tapi perlahan-lahan ibu belajar untuk jadi yang terbaik, etlis di mata anak ibu sendiri.. semoga bila Ayra dah besar nanti, Ayra faham dengan apa yang ibu lakukan.. apa yang ibu korbankan.. segala nya untuk Ayra, anak ibu. Insyaallah, ameen. 


 Setahun sudah!








.