img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, January 28, 2013

Sabtu, Ahad.

Sabtu

Pagi-pagi dah gerak dari Selayang ke Tg Karang. Sebab cousin i nak bertunang. Anak sulong makngah i. Belah ayah. Umur dah 29. Kikiki. Takpe lelaki umur 30lebih pun tak kawen takde hal, dapat bini muda baya-baya i. Budak uitm, belajar pun tak habis lagi, tahun depan baru habis.. :P Tahun depan habis, terus nikah.. Muahaha.. lama gak dorang bercinta, dari 2009 kot? Perempuan tu orang Padang Jawa. Patut kalau nak senang, baik i dari selayang gerak terus g padang jawa je kan, tapi takpela, tinggal kereta kat umah makngah tu, pastu naik je kete sesape yang kosong. Jimat minyakkkkkkk :D Haha.. Memang plannya mcm tu, malas nak bawak kete banyak-banyak. 


So, bincang-bincang, ikat paling lama setahun. Hantaran 11k. Okayla, muka perempuan tu pun comel, ada pelajaran. Ni muka macam bontot kuali, belajar pun tak tinggi, tak pandai masak, tapi nak mintak 20k, macam mana? Hihi. Oh, mungkin hati baik..... Hati yang baik tiada nilainya. Puih. Hehe. *off topic lak.


Lepas habis bincang bertunang tu, dorang terus buat pre-wedding photoshoot lak..kat mana i tak sure la pulak, takkan i nak sibuk2 tanya :P haha, nampak tak.. tak sabar nak nikah dah dorang tu? Poyo je kan? HAHAHA.. tapi takpela, kan trend. Cumanya cam tak best la kalau amek gambar tu stock nak kiss2, pegang2 segala. Kalau amek gambar biasa-biasa tu still okay lagi lah kan. Ke tak okay jugak? Huhu. Maafkan saya, kurang ilmu bab itu. Tutup cite, sekian.



Hantaran pihak lelaki. Haha tak nampak menda pun. Bagi benda biasa-biasa je. Tapi hantaran tu guna fresh flower. Siap ada durian crepe lagi. Kekekeke.. 
 


Ayra try nak buat -peace- :P Hihi. Kan i pergi tumpang kete yang kosong, so takkan i nak angkut segala mak nenek barang Ayra kan. So, beg merah tu lah beg diapers Ayra. Kahkahkah.. I rasa makin lama i jadi emak, makin i berani untuk keluar cuma bawak barang Ayra sikit je. Tak macam dulu, kalau boleh semua benda i rasa adalah perlu dan wajib bawak :P


1- sarung cincin. Farah ni tak habis berzikir, nervousnya nervousnya. Haha kelakar gila.
2 - hantaran pihak lelaki -merah, gold
3 - hantaran pihak perempuan -purple. kek tu kek red velvet, sedap! i sukaaa..
4 - mini pelamin. hehe.



Petang tu, sempat singgah rumah moyang i.. padi dah potong.. kaya-kaya.. HAHA.. :P I taktahu yang tempat padi tu miang.. gatal-gatal, so i slumber je biarkan Ayra main jalan-jalan kat situ. Sekali semua orang tegur, jerit-jerit, nanti gatal tu budak tu.. Kikikii.. Mana i tahuuuuuuuu..


  

Ahad 

Pagi-pagi dah sarapan lontong. Haha. Kalau kat umah nenek i camtu la.. Pastu tiba-tiba tukar plan, balik petang ahad jugak. Patutnya nak balik hari Isnin, hari ni. Tapi sebab nak lawat TokSu i kat hospital Selayang semalam, sakit dah teruk. Huhu.. 




Nampak tak perut i yang buncit? Haha sebab i rasa buncit dah tahap menggila, malam tadi i tidur pakai PB. Tapi pukul 3am kot i terbangun sebab nak buat susu Ayra, terus i rasa macam rimas, and bukak. Kahkahkah.. Baru la dapat ketenangan.. badan bebas. Kuikui. I rasa i kena disiplin la pakai PB tu, ni tak complain buncit, buncit, tapi makan macam gajah, pastu malas pakai bengkung. Okay, pasni.. err.. tengok la. Ni tengok berat bawah 50kg, dah perasan kurus.. padahal..... sendiri mahu ingat lah perut tu -__-



Kat hsel tu kan budak-budak bawah 12 tahun tak boleh masuk, so i duduk luar je la kat lobby layan budak kecik ni. Haha semput i.. Semua orang dia nak tegur, semua orang dia nak main cak-cak.. terlebih peramah. Huahua.. Pastu mulut menjerit-jerit. Haih anak si Ridzuan ni.. kikiki.. sabar jela..Tunggu la, esok lusa bawak g klinik, kasi cucuk untuk setahun.. padan muka :D Ohye minggu lepas timbang berat dah 10kg. Hahahahahah!! I pernah terbaca kalau baby 1tahun, tapi berat lebih dari 10kg.. dah kira obes.. huhu.. Tapi tengoklah nanti, g checkup, kita tengok berat yang terkini lak..


Dan, i rasa sebab dia hyper aktive sangat siang tu, minum susu pun kurang.. malam tadi, 3botol susu kot dia tibai. hehehe. Tapi tak kisah pun, takde rasa ralat pun nak bangun bancuh susu dia tengah malam. Lagipun bukan susah, pejam mata pun boleh, semua barang dah sedia sebelum tidur kan.. Bila anak minum fm ni, kena la carik alternatif untuk memudahkan bancuh susu malam-malam buta, takde la kang nak sukat-sukat susu, tertumpah bagai. Huhu..


Okay, bai.

 

.