img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, April 26, 2013

Book fair.

Taip rilek-rileks sebab Ayra sedang takut tengok i. Haha beliau tak berani nak dekat dengan maknya ni. Sebab muka mak nya tetiba jadi macam dayang senandung.. pakai mask charchoal. Nak bukak macam sayang, tunggu jela kering. So I bertapa dalam bilik online hehheehe..


So, nak cite apa eh? Eh, entry sebelum ni tu, scheduled entry. Pestime tu buat autopublish, nasib  baik jadi.. kehkehkeh.. Hari ni baru ni i online.. Ceh bajet orang feduli je kan.. haktuih :p


Aktiviti hari ni..
Kita pergi bookfair kat Pwtc tu ha.. Nak memperabehkan BB1M, tapi, mahu beli buku apa taktahu..


Adik i ada la kirim suruh beli buku rujukan, kimia & fizik. Buku-buku i dulu ada lagi, elok lagi.. tapi masa i belajar dulu, english.. sekarang kan dah bahasa melayu balik. Takpela ada voucher kan.. guna jela.


Maka, pilih-pilih.. rembat sekali buku untuk Ayra.. bila kat cashier.. tetiba cashier tu cakap.. BB1M cuma boleh guna untuk buku-buku stpm dan keatas. APAKAH? hoi penat akuuu membelek-belek, mengkira-kira nak ngam-ngam voucher tu.. takmo kurang sebab nanti rugi.. haha bukan boleh tukar duit dapat balance ke apa kan... :p Padahal booth lain boleh je guna nak beli buku apa pun! Huhu..
Staff dia pun cakap boleh.. ee geram je aku ni dengan cashier tu.... 


Dahla nak kejar masa time tu, nak balik cepat..
Just tengok-tengok je kat booth lain-lain tu..
Novel banyak la.. Tapi i tak minat nak beli novel ni.. pinjam je sesape.. wahaha.. :p


Ayra adalah sangat seronok, excited terlebih. Semua buku dia 'nak'. 
Pencinta buku lah kononnya :p Harap sampai besar suka baca buku, jangan macam maknya ni.. buku malas baca, tapi blog hari-hari mesti baca.. suka menyibuk hal orang kan.. hehehee.. ^_^


Takpela, voucher tu kita guna nanti jela.. pergi jela mana-mana bookstore.. mph, kinokuniya ke apa.. best jugak pergi kinokuniya, boleh pergi klcc, boleh bawak ayra mandi kat kolam bawah tu.. HAHAHAHHAA... yela rumah ni takde pool-pool ke apa, bath tub pun takde.. ehehe...


Err agak-agak berbaloi ke kalau nak beli pakej yang supaya anak cepat membaca/mengenal huruf tu? Yang harga rm2k++-rm3k++ tu.. Wan cakap, masa dia kecik-kecik.. mama ada la belikan dorang alat pembelajaran yang macam tu jugak, tapi nan hado nya berfungsi.. haha.. I pun rasa kalau i amek, mungkin tak berguna.... sebab i takde masa, kalau i memang 24/7 dengan Ayra mungkin bolehla..  ni i sibuk study, sibuk itu ini (ALASAN).. Benda tu bagus, memang bagus.. kalau si emak konsisten.. tapi kalau beli mahal-mahal, si emak tak guna, tak praktikkan.. dah jatuh membazir je pulak.. kan? Hehe.. So, belajar je la guna youtube ke or apa-apa application free yang lain.. hahaha kedeksss sungguh! ;p kbai.


Hah! mask sudah kering.. memang azab la jap lagi nak bukak. Beauty is pain. :p Beauty ke masalahnya kau tu.. lalalala.. hehe.. ohye, happy weekend!






1 comment:

Aty Fared said...

Beshnyer dpt shopink buku...:-)

.