img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, April 19, 2013

Mengemas baju.

Gigit getah rambut. :p

Aktiviti hari ni, eh silap, semalam :p Marilah kita memunggah baju budak kecik tu..


Kita buat ops-saringan gitu. Hihi. Umur dah setahun tiga bulan. Next week, dalam buku checkup tu ada kena cucuk. Please jangan pertikaikan kenapa i masih nak mengcucuk si kecik tu. Ntahla, lain orang lain pendapat kan? Selagi i tak was-was, yakin.. so i rasa takde masalah.  Bila dah timbul was-was tu yang tak boleh kan? Huhu. Sebab i punya pemikiran ni, kalau benda tu tak elok, mesti dah lama kerajaan tak bagi.. sebab kita negara Islam kan? Huhu.. Eh, oot lak :p 



Ha, sambung.. 




Jadinya, banyak baju yang tak sesuai dah. Bukan tak muat, cuma tak sesuai. Kalau nak ikutkan, walaupun Ayra bersaiz agak besar (besar bukan debab peha kentucky, besar =rangka besar) .. baju newborn pun still muat je.. boleh la kalau terdesak nak pakai.  Baju fit, seluar senteng. Hehehe.. Tapi macam tak cun la kan, dah big girl stil nak pakai baju  yang size 1yo ke bawah a.k.a baju baby-baby? So, kita kasi simpan mana yang tak berapa sesuai tu, simpan elok-elok dalam kotak.  


Orang cakap, kalau Ayra dapat adik.. kemungkinan besar adalah girl jugak. Petua nya, tengok tetek anak yang sekarang.. terbelah or tak. HAHAHA tak lucah pun, ini adalah petua olskol. And memang kebetulan orang yang i kenal, kalau ikut petua tu.. memang ramalan tu tepat. Mak-mak yang tengah pregnant sekarang, cuma tengok anak sebelum tu terbelah ke tak? Haha pastu nanti bila baby keluar... betul ke tak ramalan tu? kikiki.. Dah, jangan nak percaya sangat, khurafat!! Hehehe.. untuk seronok-seronok boleh la.. jangan taksub.




Hah! Lagi sekali, melalut je cerita.. sambung....... cerita baju.



Dulu pun dah simpan dah baju-baju, dah lapang dah baju Ayra.. pastu tetiba eh kenapa macam banyak jugak lagi? HAHAHAHA cea kengkonon tetiba padahal kalau kau tak sibuk nak membeli, takdela baju sampai overload kan. Hahah takdela, takdela overload, tapi banyak jugakla (banyak tapi takde lah yang gah-branded ke apa.. cap ayam je huahua).. Tapikan, selalu tu asyik pakai baju yang sama je... sebab apa? Sebab basuh, lipat, simpan.. simpan kat atas.. so bila nak pakai, nak cepat.. amek yang atas lah kan.. hihi. Jadinya baju yang bawah-bawah dah jadi macam pekasam jela :p






Tapi, tengoklah, pembantu tu? I tinggalkan kejap je kot pergi dapur, habis baju yang dah dilipat nak disimpan dipunggah! Mak stresssssssssssss makan ini budak!! Hahaha..



Dah, dah. Cukup sampai sini membebel. Sambung nanti, sekian. :) Gila kan gigih up entry pukul 1.27am huahua.. Wan baru balik ni. Tu yang tunggu dia.. :/ Isteri mithali sangat kan aku menunggu kepulangan suami terchenta.. Hakhakhak -muntah-

3 comments:

as ♥ Leenda said...

ayakkkk..kite tak pernah lagi asingkan baju asyraf ni..
dah senget2 dah baju asyraf disusun menegak tu..adoiii..bile lah nk asing2 baju ni..takut ade pembantu comel mcm ayra pulak nnt..adehhh..

ayahmamilisa said...

rajinnye ayra tolong ibu dia kemas baju..
and satu lagi..cantek headband itu..hehe ;)

Aty Fared said...

Qaleef pon masih boleh pakai baju newborn hokeh....huhu.. yg asyik pakai baju yg sama tu jer...betul laaa..lipat2 simpan kat atas pastu tu jer yg dicapai dulu...ngeee...

.