img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, April 14, 2013

Nak tanya, normal ke kalau dua kali sehari?

Tahu kan, Ayra adalah peminum susu formula.. 

Dulu, masa minum s26 gold sahaja, Ayra berak adalah selang sehari. Hari ni berak, esok tak, lusa baru berak. Boleh diramal bila dia nak berak..


Baru-baru ni, beli satu peket susu Dugro yang ada serat tu, dia berak okay.. tapi, bila dah nak habis satu peket tu.. boleh lak dia sembelit. Patut kalau  tak sesuai, minum sehari dua pun dah boleh dikesan kan? Ke kebetulan dia salah makan ke, pastu sakit perut.. ntahla. Tapi, oleh disebabkan kejadian tu.. i kena bebel dengan mak i bla bla. So, untuk menghormati mak i, iyelah cakap orang tua kan.. kena la dengar.. so tak beli dah susu tu.. kiranya sekali tu je la.. Walaupun i dengan Wan rasa, bukan susu tu yang penyebab Ayra sembelit. Huhu..


I ada juga rasa macam nak tukar ke DutchLady123 je..  sebab Ayra okay je bila minum susu dutch lady yang kotak tu.. plus, bila i google sana sini.. ramai cakap dutchlady sekarang dah di improve DHA pun lebih kurang macam susu enfagrow je.. so kenapa mesti bayar lebih? haha dengan anak pun berkira. puih.. :p


Okay, atas ni mukadimah je.. 

Nak tanya,
Ayra ni, bila minum enfagrow A+ (perisa vanila), dia akan berak sehari dua kali. Tu normal ke? Keadaan najis adalah normal. Bukan cirit, bukan taik keras keluar seketul je ke apa. HAHAHA sory jijik tapi tula.. ke memang sebab dah umur setahun.. banyak makan, so kerap la berak? Ada tak mommies yang boleh beri komen pasal ni? 


Apa yang i tahu, budak yang minum fm, patut berak tiap-tiap hari. Tak macam yang minum susu ibu, tak berak seminggu pun tak pe kan..




 Kau kan Ayra, kalau mak kau ni dah tua nanti, wajib basuh berak mak kau ni kalau la mak kau ni sakit ke, nyanyuk ke apa.. jangan nak syurga dibawah tapak kaki suami sangat.. iye kena hormat suami, tapi jangan lupa mak. Paham? Hehe macam lah Ayra baca apa i tulis ni. :p



1 comment:

Anonymous said...

ha, meh nak tolong jawab soklan.

bf baby, yang tak berak seminggu pun takpe tu, hanya boleh diaplikasi pada baby yang minum susu mak dia je, tak makan ape-ape selain susu ibu.

tapi kalau dah menghentan nasik dan segala bagai, kalau tak berak seminggu, sila la risau ye mak-mak.

hehe.

pasal ayra berak tu, jangan concern bab kekerapan, kecuali terlalu kerap tu, tu kene riso lah, takut dia cerry-berry kan.

nurul monitor perut dan poop dia.
kalau unusual, cecepat pegi klinik.
kalau dia berak sampai nangis-nangis, tu confirm ada masalah.

tapi kalau ayra happy sokmo je, takde ape masalah pun kalau berak 2 hari sekali, no hal.
kita pun kadang tak berak dua-tiga hari kan.

tapi tak elok la simpan poop lama-lama, toksik.
bagi ayra makan buah berserat, start with P (prune,papaya, etc).

ok?

.