img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, May 26, 2013

Setahun empat bulan.

Hari ni, 26 hb.. Ayra genap 16bulan. Setahun empat bulan. Gigih i update tetiap bulan. Dahtu, anak i sorang tu je, belum ada 2 3 4.. so, takkan anak sorang tu pun tak boleh nak ingat ulang bulan dia kan.. ^_^


Tapi i taktahu nak update apa perkembangan dia setakat setahun empat bulan ni.. sebab hari-hari cerita pasal anak kan kat blog.. Yang pasti, kalau tengok kat babycenter.. perkembangan ikut umur dia tu.. alhamdulilah.. membesar mengikut usia.. 


Cuma yang i perasan, Ayra dah kurang nak makan nasi. Sebelum ni kan dia perut tong sampah! Huhu.. Makan nasi sikit sangat, main-main.. agak berchenta jugak la nak tunggu dia makan.. dia nak suap sendiri lah, dia nak lari-lari dulu la.. huhu. Yang taknak makan tu cuma tang nasi jela, benda-benda lain biskut, roti, snack2 lain tu.. dia okay je, nak je.. tapi  sebagai orang Malaysia, i risau gak.. yelah dalam kepala otak i dah set, kita orang malaysia, orang malaysia kena makan nasi. HAHAHA padahal banyak je sumber karbohidrat yang lain kan.. :p


Lagi apa eh...


Bercakap masih belum lancar, hujung-hujung jela.. tapi kadang tu keluar gak bahasa alien yang i tak faham.  Hehehe.. tapi kebanyakkan apa yang dia cakap, i faham lah.. kata mak, mestila faham anak sendiri kan? ;)) 


Setakat nak suruh-suruh, bagi arahan tu.. memang dah boleh la... lama dah boleh.. i pun kadang tu macam tak sangka Ayra boleh faham apa yang i suruh. Yelah walaupun arahan simple je pun, contoh Ayra amek bantal. Ayra amek napkin, Ayra amek kasut.. 


Untuk Ayra,
Ibu doakan yang baik-baik untuk anak Ayra. Walaupun ibu ni kadang ngokngek je.. tapi ibu cuba yang terbaik untuk jadi yang terbaik untuk Ayra.. huhu. Taktahu nak cakap macam mana ibu sayang Ayra.. walaupun Ayra tak pandai pun panggil 'ibu' ni ibu.  Tiap kali sebut ibu, jadi buah.. arghh! Tapi takpela.. apa lah sangat dengan panggilan tu.. nak panggil kakak pun boleh. HAHAHAHAHA.. Happy 16months! Semua orang sayang Ayra.. (kalau Ayra baca lah bila dia besar nanti.. hihi.. tapi tupun kalau blogspot ni wujud lagi time tuh..)










Ohye, i sakit kepala ni sebenarnya, tapi demi nak mengupdate ulang bulan anak, ku gagahkan jugak la menaip. Hehehe... I taktahu la kenapa, mungkin i penat sangat, takpun cuaca panas. Malam semalam lagi teruk, sampai muntah.. i dah terfikir aku ni mengandung ke ni.. ahahaha.. tapi apa bodoh sangat padahal kan tengah period ni, mengandung kejadahnya pulak kan.. ekeekeke ;))

3 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

happy 1y 4m Ayra :)

With Julia said...

Yeyyy ayra membesar dgn sihatnya menjelang umur setahun 4 bulan...syukurrrr...gambar ayra tuh kt kidszoona kan...best kan kt sana...si QI pn main kete cm tuh hehehhe syok

Wawa said...

bahasa alien...annaila dah mula cakap bahasa alien dah...hahaha...

.