img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, June 13, 2013

Ayra si rambut pokok kelapa.




Hari tu kan, i kurangkan jumlah susu yang dia minum, lebihkan air masak. Kes sembelit tu ha.. Pastu, sekarang ni, dia protes ke apa taktahu.. amekau.. sekali (siang) sebotol jeee budak kecik ni nak minum susu! Takpun sebotol setengah.. Satu botol besar, satu botol kecik.. 


Bila malam lak, sebotol sebelum tidur.. 8oz, tapi tu pun tak habis. Pastu kan i cakap dulu, kalau dia ek ek tengah malam, i nak bagi dia air masak je.. tapi, ni dah budak kecik tu kurang minum susu time siang, serba salah lak nak bagi air masak, gigih la bancuh susuu.. hahaha! sengaja tau dia ni.. tapi takpela, asalkan nak minum.. boleh bayangkan tak, kalau sebelum ni, satu pack tu.. tak sampai pun seminggu, ni.. dah seminggu masih ada sikit lagi.. arghhhhh apakah semua ini!!! hihi macam masalah negara lakss :p


I taktahu la.. mungkin dia tak suka perisa original kot, sebelum ni dia minum yang vanila. Hahahah ampun.. tak perasan la Ra time beli tu :p Bertabah jela ada lagi 3pack tu.. ://




Ayra kan, sejak yang dia sembelit tu. I bagi dia makan scott yang jenis tablet tu ha.. pastu berak pun okay. Bila lupa bagi, keras balik. Arghhh tak faham!! Tapi takpe kot, scott tu oren, vitamin kan.. bukan racun. Hahahah.. Pastu, bila nak berak lak, takmo berak dalam pampers. Kalau pakai pampers, kemain lagi dia nangis-nangis.. eee.. kita bukak pampers, masuk bilik air.. ha.. boleh la berak macam biasa. Poyoo la. Ke sebab dia dah besar, tak selesa nak berak dalam pampers? Stress mak kau ni.. macam-macam peel.




Lagi pasal Ayra, bab berkawan dia memang suka. Semua kawan-kawan dia, dia dah boleh sebut nama. Hihi.. Adam, Mimim (mimin), Zaya (zara), Salala (sara), Yum (qayyum), Miya (mira), Na (dekna)... adeh panjang lak list nama kawan-kawan Ayra.. tu contoh jela.. yang dalam bracket panggilan yang betul, Ayra sebut tu kira boleh la.. kira kalau exam, dah boleh la lulus cukup makan :p mihmih.. I memang nak anak i berkawan, takmo terperap dalam rumah je, tak bersosial, tak fun kot! 

Tapi nama i, dia belum reti sebut lagi. Susah kot. Takpe. Wat lek je.. Nama adik2 i, yang shafiq tu, dia panggil Pik, yang Asyraf dia sebut Ayap.. Hahha slumber gajah je kau panggil camtu kan Ayra oi?? Haha.. kadang tu, jiran panggil mak i cikna kan.. dia pun sibuk sebut 'naaa'.. hahaha amarika sungguh! :p




Lagi yang terbaru, i lipat kain kat rumah mak i baju semua orang.. pastu i tanya dia, ni baju siapa, tu baju siapa.. dia boleh jawab dengan betul kot.. baju siapa ni..'pik'.. spender sape ni.. 'iya'.. pastu sengih-sengih, eleh malu la tu dengan spende sendiri.. i terus rasa macam eh hebat la Ayra.... :pp  i bagitau mak i.. ayra boleh kenal semua bla bla.. pastu mak i cakap.. 'biasalah la tu, budak tu dah besar, mesti la dah kenal semua'.. Biasa mak??? Hahahaha baru je nak teruja!!! spoillll :p ekekeke.. takpe, i tetap kembang hidung jugak bila Ayra dah tahu benda-benda simple yang biasaaa je ni.. huahuaaua.. :3


Tengok la gambar kat atas, sebab dia dah perasan besar sangat, pasrah jela i bagi dia gelongsor yang jenis camtu.. i macam cuak-cuak nak lepaskan dia, tapi dia marah lak kalau kita pegang.. so biarkan jela. kau tergolek, padan muka. Heheheh.. tapi rupanya, dia memang dah boleh nak main dalam tu.. :)

7 comments:

Wawa said...

alamak! comel kot nak berak taknak berak dalam pampers...naila tolong lah belajar berak dlam tandas...tak payah pakai pampes lg...jimat...hahaha...dasar!

eh gelongsor tu mmg menakutkan....annaila klu nak main gelongsor tu mst kitorang tak bg...tp sbb die tak pandai protes lg mcm ayra, naila pun layankan aje mama dia ni...hihi

ayahmamilisa said...

syabasla ayra..good job :)
tapi memang teruja lebih kan bila anak yang kita kandung 9 bulan 10 hari boleh buat sesuatu yang baru :)

With Julia said...

Besar dh ayra...leh main mainan besar hehehhe...tang rambut tuh cumil lah tgk

CikNaa said...

comel je rambut secoet gitu.. hihi.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

bagus ah dia nak berak takyah pampers... jimat duit mak ! :)

hayati hashim said...

Bagus la arya nk poopoo direct dlm toilet. Big gurl dh kan... terbalik ngn adam. Bila nk apoo tergedik2 nk pki pampers.. geli dia nk apoo dlm toilet.

Nurul Aziz said...

Dia perasan big girl je tu.. tak boleh lagi nak free-diaper.. masih kena pakai pampers.. takut eksiden kat mana-mana.. hihi.. tunggu dah boleh bercakap dengan lancar, baru bolehh kita poty train.


Tapi tula, kenapa ntah.. peel baru taknak berak dalam pampers.. layankan jela.. asalkan nak membuang..


:))

.