img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, June 15, 2013

Ayra yang demam.



Gambar petang tadi.. demam pun masih nak main basikal. 


Ayra masih panas lagi. Paling teruk suhu 39'c, petang semalam. Taktahu la the exact suhu, sebab thermometer kat rumah ni bukan yang cangih manggih.. yang biasa-biasa tu aje ;)


Tapi walaupun badan panas, aktiviti macam biasa je, takdela melepek je apa ke tak. Masa pergi klinik semalam, dia lek je macam tak ada apa-apa, siap boleh main slide dalam klinik tu.. Kat rumah, malam siap melompat-lompat lagi.. tapi melompat yang poyo jela.. gaya lebih, terangkat sikit je kaki tu.. kikiki.. Ayra sebut lompat=pak.. Hahaha... i perasan.. apa benda yang hujung huruf T, mesti jadi K.. macam ubat=ubak, sikat=sikak. Hehehe.. takpela, lidah masih belum reti lagi.


Pagi tadi i kan ada exam. Malam sebelum tu, tahu-tahu jela budak demam, tidur pun jap-jap bangun..i memang teremo la jugak, termarah la jugak Ayra time tu. Biasalah manusia, sesabar macam mana pun, tetap aje tewas jugak. Huhu.. I marah bukan lah sebab dia terbangun taknak tidur ter ek ek ke apa, tak.. i rasa macam eeee kenapa la Ayra demam, biar jela aku yang demam. Camtu.. huh! Tak baik betul mempertikaikan ujian Allah. tapi nak buat macam mana, mak-mak memang camtu peel nya sanggup berkorban untuk anak kan.. ceah ibu mithali sungguh bunyiknya :p #konon-konon


Petang tadi lak, dah sah-sah la i mengantukkk kan. Sebab tak cukup tidur. Jadi nya,  tertidur la kita petang tadi.. tapi dalam masa yang sama Ayra tetap kacau-kacau.. arghhh. Hahaha.. Dia masuk bilik pangil i.. selagi i tak bukak mata, selagi tu dia panggil. I bukak je mata, baru la dia keluar. Hahahaha.. Macam tu la berulang-ulang. Memang tak khusyuk nak tidur. Eh tidur ada istilah khusyuk ke? eekekeke.. :p


Last-last dia tak puas hati kot, dia dok sebelah i.. main-main tedy bear dia.. pastu dia duduk lak atas perut i... Hahha nak bergurau pulak :// So layankan jela. Dan tetiba......... bolek lak dia muntah???? Ya ampun!! Nasib baik anak.. jijik tak jijik la.. banyak lak tu.. habis bajuuu i, baju dia.. cadar.. erghhhhhhhhh mengapa berat sangat dugaan ni.. :'( hahaha!! #drama :p


Mak i cakap, demam nak bercakap kot.. nak tambah akal baru.. nak bertambah umur kan. Lagi 11 hari kan nak masuk setahun lima bulan dah.. :)) Tapi memang perasan, dia demam pun..  mulut macam burung murai. Hahaha dasar poms kuat membebel ni.. kuikui.


Harap-harap Ayra cepat sihat. Tak suka la badan panas-panas. Mak kau ni nampak macam lek-lek tapi sebenarnya risauuu........ hoih anak kot, mana ada mak tak sayang anak kan @afiqmuiz. Hahahah tetiba afiqmuiz :p walaupun mak tu buang anak dia kat tong sampah sekalipun, tapi percayalah.. dia buang sebab terdesak.. bukan sebab tak sayang/tak suka.


Ohye, tadi otw balik umah lepas exam, singgah econsave kat batang kali tu.. harga susu murah kot kat situ.. rm39.90 untuk 650g. Kalau kat kedai ubat cina kat selayang ni rm43.50.. kalau kat pasaraya lain2 memang tak dapek arh harga macamtu... Tapi, kat econsave tu takde jual yang pek berkembar 1.3kg tu.. so bila kira-kira.. pek berkembar kat kedai ubat cina jual rm79.90.. kira kalau beli dua (650x2=1.3kg) yang rm39.90 tu... murah seposen je pun. Takkan la sebab seposen sanggup nak beli susu anak pergi batang kali sana pulak.. hahaha.. kedeks sangat.. tapi kalau alang-alang lalu tu takpela.. so far, rm39.90 untuk 650g tu la yang paling murah i pernah jumpa.. 


Yang pasal pampers Ayra tu, percaya tak, 7keping tu.. baru tadi ni ha habis. Hahahhahaha.. Tapi memang bukan i pun yang keluar beli. Bapaknya lah balik belikan. Hihi. Wan marah kot i nak keluar, katanya anak demam pun lagi mahu keluar?? Erkk.. Dahtu siapa lagi? Seminggu kot tak jumpa pakcik tu.. tu yang ibu tunggal tu.. kahkahkah.. seminggu kunun.. jap jap.. rabu, khamis.. eh dua hari je rupanya?? hahahaha.. semalam petang baru bersua muka #mengelabah.


 Baby tua :))


















No comments:

.