img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, June 16, 2013

Lagi pasal Ayra.

Cerita lagi pasal Ayra yang kurang sihat.
Ayra kan jarangggg gila kot demam-demam ni. Apatah lagi sampai kena warded semua. Alhamdulilah.. tapi sekali dia demam, mengelabah mak nya nak kepochi. Hihi..



Badan Ayra dah kurang dah panas. Dedar-dedar camtu la..
Tadi muntah lagi. Yay! Muntah atas cadar lagi ye. Hahaha... takpe, kotor boleh basuh. Apa ada hal? :P Ceh! Padahal macam berbuluuu je rasanya nak kena basuh cadar lagi.. ahahaha ;))



Badan pun nampak kurusss.. cepat sangat susut! Huuu.. Yelah, makan memang bercinta sangat nak makan.. takde selera agaknya, tekak pahit kot. Macam kita gakla kan kalau demam.. mana ada selera nak makan. Huu takpela, tapi susu tetiba dia macam nak minum dengan banyak lak... kan hari tu dia macam taknak menyusu.. pastu ni tetiba minum banyak2 lak.. takpela..  mak ikutkan je kehendak budak kecik tu.



Tapi peel lepas demam ni.. memang menguji kesabaran sangat. Dia punya mengada-ngada.. dia punya manjaa......... ya rabbi........ memang 200% over dari biasa. Pantang silap sikit, menjerit. Pantang lambat sikit, menangis. Nak kita ada dengan diaaa je.. Kalau dia tidur, ni dah tidur lena punya lena.. ingat boleh la bangun buat kerja lain. Ajaib nya, baru nak melangkah ni.. dah dia ek ekkk ek... pastu kita duduk/ baring sebelah dia.. sambung tidur balik. Kita bangun, ek ek ek.. arghhh bau ketiak busuk mak kau ni memang power agaknya.. ekekekeke.. :p


Macam petang tadi, dia takmo tidur tau.. dah la tengah hari pun tak tidur. Tengah hari tu dia takut ada pakcik i datang umah, nak berdukung je.. pastu petang nak main basikal. I penatt kot nak menolak dia. Last-last i give up, i bawak masuk umah.. memang dia melalak-lalak la.. macam kena dera.. ada aku kisah? :p Hehehe.. pastu masukkan dalam buai, bagi susu.. tak sampai lima minit, terus tidur. Lama gak dia tidur.. dari pukul 4pm sampai 6lebih.. dengan i i sekali tidur. Ate, i nak bangun buat kerja lain, budak kecik tu tak bagi kan? :p #alasan.



Pastu, i adalah ajar dia main sepseptomtom tapi ayra sebut yep yep yom yom.. ehhe.. memula excited la nak main.. tapi kalau sampai 50x nak sepseptomtom je.. letih la mak nak oi.. :p Malas nak layan. Bila malas nak layan, dia akan menjerit-jerit.. bila menjerit tak layan, menangis. Syabas! Perangaiiii.. eee. Bila kita hulur tangan, terusss automatik sengih. Sandiwara apakah ini semuaaa??  



Dah tu je. Semoga cepat sembuh Ayra Batrisyia.. ;)
Lagi satu, hari ni hari bapa kan?
Selamat Hari Bapa.


Awak tak suka hari ibu kan. Katanya, setiap hari is hari ibu, sayang ibu hari-hari, layan ibu baik-baik tiap hari.. hari-hari istimewa.. bukan cuma satu hari istimewa je. Puih! Ergghhh menyampah bertekak.. :// Tak faham perasaan kita yang mak-mak ni, suka je kot kalau tetiba dapat special treat kan..  wuuuwuu..  So untuk kasi adil, kita takyah sambut hari bapak jugak. Hahahahaha... Hidup memang kejam.



p.s : Ayra ada ni ha depan i, tengah melompat-lompat. Lambat lak dia tewas malam ni, mungkin sebab petang tadi tidur. Tu la dia ni, demam tapi lasak tetap no-1. Tapi bila dia penat, dia rehat la jap, merengek-rengek.. pastu bila dah okay, dia sambung main balik. Alahai anakkk..

3 comments:

With Julia said...

Get well soon ayra...hehhe sekarang dah mood fathers day kan weeeeeee...

Cik Puan Rara said...

get well soon syg.sama mcm princess.kalo demam,manja nya yg hamat!

Nurul Aziz said...

Ayra dah sihat. Alhamdulilah.. :) Tq!

.