img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, June 14, 2013

Badan panas.

Malam tadi, 3x Ayra bangun menyusu. 3botol 80z habis. 
Suhu badan 38'c.
Konsider demam lah tu.
Tapi pagi ni, badan stil panas lagi, tapi dia takdela merengek ke apa, masih macam biasa.


Malam tadi, tidur tak pakai baju. Badan panas, tapak tangan & tapak kaki sejuk.
Sekejap-sekejap dia bangun.. tapi takdela merengek-rengek teruk, dia rengek biasa-biasa je.. mata je terbukak.. i pun tidur-tidur ayam je la.. risau jadi apa-apa. Lagipun, i sorang je jaga Ayra. Laki takde. Tapi takdehal, dah biasa.



Pagi tadi, pukul 8.30 dia dah bangun. I masukkan dalam buai, sebab dia macam ngatuk2.. kot la nak tidur lagi. Sekali.. amek pampers bocor. Hahahah dia kencing, menjejeh-jejeh macam air paip. Yelah nak jimat punya pasal takut tak cukup pampers untuk hari ni.. tu yang pagi-pagi time subuh tak tukar.. sekali.. erghh.. takpela.. so tukar pampers.. bawak dia baring atas tilam.


Sekejap-sekejap dia merengek.
Sekejap-sekejap dia merengek.
I dahla mengantuk. Rasa nak mengamuk pun ada. Rasa nak nangis pun ada. eh bukan memang dah nangis ke? muahahaha... 


Last-last i picit-picit kepala dia.. barula dia senyap.. sampai tertidur.. ada la terbangun sekejap-sekejap pastu, tiap kali dia ter ek ek.. i picit kepala dia.. tiidur sampai 10.30am.. hehe. macam kelakar pulak, budak kecik pun pandai eh nak kena picit-picit kepala.. hahaha... macam orang dewasa sangat lah pulak Ayra.


Sekarang, i masih kat rumah. Hari ni dahla jumaat, nak keluar tengah hari nanti time-time orang nak g sembahyang jumaat lak..  Nak tinggalkan Ayra suruh mak jaga kejap, tapi macam.. anak demam lagi nak tinggal ke? Tapi Ayra aktif je takdela nak perhatian 24jam pun.. tapi badan panas.. tapi pampers habis. Arghhh macam mana. Takkan nak pakai lampin kain. Matilamakkkkkkk..arghh susah nya jadi ibu tunggal. Wahahaha ibu tunggal katanya.. haktuih! :p Dilema sungguh. Masalah kecik pun nak mengelabah. Dahhhh tu je nak cerita. Assalamualaikum.


















2 comments:

diary_ciknaa said...

ayra minum susu sekali 8 oz ke?
banyaknyeeeee.... huhu. afiq setahun 2bulan pn baru je dapat abiskan 5oz.. mane la tak kurus dia tu.

Nurul Aziz said...

Eh tak tak.. bukan sekali teguk je 80z tu.. dia minum berulang la.. tapi kalau lebih dari waktu, still tak habis.. buang je.. basi kan.. tapi selalunya dalam masa 2jam akan habis.. ;))


Takpe kurus, yang penting sihat.. Ayra pun bukan debab.. dia harap tinggi je.. ;))

.