img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, June 19, 2013

Gigi. Merengek.

Ayra dah ada 16 batang gigi. Yang mampu dikira. Susah kot nak tengok gigi dia betul-betul.
Tapi dia suka gosok gigi. Gosok cara dia lah.. main-main lebih. Kalau letak ubat gigi, memang dia makan dan telan, sedap katanya. Hehehe..  

+Ayra jangan telan lah!
-Dap..

Fine.. makan la.. telan lah.. takpe kot..  Ubat gigi yang bebudak tu.. perisa strawbery kalau tak silap. Dapat sample free.. belasah jela guna pun.


Umur setahun lima bulan patut berapa batang gigi ntah, tak tahu. Tak pernah nak amek tahu. HAHAHA.. jap lagi lah ku google... 


Okay tu pasal gigi.
Ni pasal Ayra yang semakin menguji kesabaran lepas baik demam ni.
Sampai taktahu dahhhh nak macam manaaaa dengan budak kecik tu.
Kerja asyik nak merengekkk je.. sebelum ni Ayra bukan macam tu, so bila Ayra tantrum tak tentu pasal ni.. i adalah sangat stress.. grr!


Malam tadi, tak pepasal i bertukar jadi hulk selama 2minit. Hahahaha! I takpernah kot marah Ayra semarah macam malam tadi. Serius, badan kita bila penat, emosi memang mudah kelaut lah kan.. 
Ceritanya macam ni, 
Ayra merengek je, semua benda tak kena, last-last i masukkan dia dalam buai. pastu sesambil dia menyanyi apa benda i tak faham.. last-last dia pun tertidur.. bila dah tertidur, ingatkan dah lega la.. tapi dengar bunyik pintu terbukak, terus melompat dari buai tu. Kalau melompat tu sesaje takpe, ni tak.. melompat, pastu sambung merengek! Ya Allah.. gerammnyaaa........ terus i menjerit kegeraman.. kau tu dah tidur kan tadi??? Erghh! I masukkan dia dalam buai balik, yang Ayra memang dah makin kuat la volume suara tu.. tapi i buat pekak je.. pastu pandai senyap sendiri, sengih-sengih.. arghhh kenapa la mempermainkan perasaan mak kau ni.. hahah tapi taklama pastu dia tidur balik. 


Pastu pagi tadi bangun, bangun-bangun je dah korek hidung i.. korek mata.. selak baju i.. sambil sebut nenen nenen.. i tetap pura-pura tidur. Last-last dia bengang kot, terus menangis.. mihmih.. terpaksa la bangun jugak. Grr, nasib baik dah pukul 8.45am.. tak kasi can nak bangun lewat.. 8.45 tu kira awal tau. HAHAHAAHAHA...


Dalam pukul 11 lebih i nak masak, i suruh dia main sendiri. Tapi sibuk nak menyendeng! Merengek-rengek.. i tanya,
Ayra ni kenapa, semua benda tak kena.. semua benda salah, Ayra nak apa sebenarnya? Cuba bagitau.. Jangan la sesikit pun nangis.. nak kena marah ke?


Pastu.. tahu apa respon dia??
Dia balas..


Ya Mam.. sambil tangan pegang dahi.


HAHAHAHAHAHAHA lawak gila. Comelnyaaa alasan!  Ya mam=Ayra demam! mengadaaaa gila.. terbahak-bahak i ketawa, adoiii kecik-kecik pun dah poyo. Drama lebih. Ntah mana la dia belajar..


Ni dia ada ni ha kat sebelah i tengah main tepon, baru bangun tidur... nampak macam mood okay je ni.. tapi taktahu la jap-jap lagi. Semoga i diberi kekuatan supaya mampu bersabar dan tersengih bila Ayra tantrum.. amin. Kata nak anak lima kan? Ni baru sorang pun takkan takleh kontrol kan?? ;)

















6 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

drama queen sgt ok! sama lah macam anak buah saya tu

CikNaa said...

16 batang? gulp!

bebudak ni kalau kite jgn jangan lagi dibuat..saje je ngetest mak dia kan..

Nurul Aziz said...

Tu la, makin besar, makin banyak drama, nak marah tapi last-last jadi kelakar..

Aah 16batang.. taktahu la umur macam dia tu sepatut ada berapa gigi.. :)

Aty_Fared said...

Ya maam tu mmng sgt comel..heheh

jaja_NorLiza said...

kiut la ayra nih...

suka merengek tu sbb sajer nak manja2 ngn mak nya tu..mak nyer pon feeling2 bujang jek kan nak tdo lelama.. hehehhee...

"YA MAM"...hahhaha..comel gler!

Nurul Aziz said...

Hehe.. tula, mana ntah belajar, tak pernah lak ajar dia camtu.. tapi mungkin sebab masa dia demam tu selalu dengar perkataan demam.. tu yang mengikut tu..

kita ni nak marah sebab dia merengek pun terus ketawa..

.