img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, June 17, 2013

Hari ini dalam sejarah, dahi bertelur.

Hari ni dalam sejarah. 17/6. Pertama kali dahi Ayra bertelur. Jatuh basikal. Kebetulan i masuk rumah sekejap. Benda nak jadi, sekelip mata je kan. Ayra memang lasak, tapi kalau dalam rumah, insyallah selamat. Segala bucu ke apa, i memang jaga la.. tapi kalau kat luar rumah, susah nak cakap lah.. di luar kawalan kan.. 



Depan rumah, adala 2 3 orang jiran.. lepak petang-petang #bergosip. Kahkahkah.. I masuk umah jap, nak amek air Ayra. So takdehal la nak tinggalkan seminit amek air kan.. Pastu tetiba dengar Ayra melalak-lalak. Nangis yang stock suara hilang tu. Benci tau kalau nangis macam tu.. erghh.. sebab tahu, mesti ada someting wrong kalau sampai takde suara..


Bila i keluar, tengok-tengok.. ya Allah, anak akuuu!!! Tengok-tengok, benjol dahi. Besar okay. Pastu, tetiba ada sorang ni cakap... Ayra  jatuh sendiri, nasib baik bukan anak dia yang tolak. Okay takpe. Tapi i syak memang anak dia yang tolak. Sebab anak dia memang ganas. I diam jela. Bawak Ayra masuk, tuam benjol tu.. Kalau tak dituam, memang biru lebam teruk la benjol tu kan..


Ayra nangis-nangis, sampai termuntah. Yang i lak, tengok benda tu.. tuam gak la kepala anak.. tapi air mata mengalir.. sesambil tu umpan dia bagi keropok, bagi aiskrim.. i dah blur.. i bagi je apa yang boleh buat dia stop menangis.. tapi takde maknenya.. dia boolayan aiskrim keropok semua.. yelah, dahla Ayra baru lepas demam ni dia punya over tu lain macam kan, benda kecik pun dia nangis, apatah lagi jatuh sampai benjol.. memang extra la drama dia kan..



Pastu i mandikan dia, yelah dah muntah semua kan.. muntah air je... mandi pun melalak-lalak.. padahal budak kecik tu suka main air.. wuaaa.. memang air mata i dah nak sebaldi keluar tau.. #maklagidrama. Dah pakai baju semua, siap-siap.. dah redha sikit nangis tu.. sibuk lak pergi grill nak ajak keluar. Arghhhh... kita cakap, takyah la keluar.. kang jatuh lagi.. lagi la dia.. menjerit.. Okay takpela, keluar, tapi takyah main basikal.



Dah keluar tu, sambung balik bercerita dengan jiran-jiran. Hahaha. Alahai, i sebenarnya kalau keluar tu, sebab Ayra je.. i mana reti nak bersurah lama-lama dengan orang.. huhu.. lagi-lagi dengan orang yang umur makcik-makcik.. kalau i sengsorang, memang tak la i keluar.... Pastu ada lak anak jiran i cakap, memang Ayra kena tolak. Sebab budak tu nak naik basikal Ayra tu ha. Tapi i cuma ohyeke? Takpela.. Tapi, pastu ada jiran lain pun cakap, memang anak akak tu yang tolak Ayra. Perghhh... naluri keibuan i memang betul. Tapi malas la nak gaduh-gaduh, dia dah cakap bukan anak dia, so.. biarkan jela.. Nasib baik cuma BENJOL aje.. kalau cedera parah.. taktahula... i mungkin la boleh cool, boleh takpe takpe tak sengaja camtu.. tapi Wan? Berani sentuh anak dia? Wan pun pernah cakap, jangan bagi Ayra kawan dengan budak tu, sebab terjal memang tak boleh bla.. tapi bagi i, bebudak.. apa dorang tahu? Huhu.. Takpela. Benda nak jadi..



Tapi, yang kelakarnya, tak lama pastu.. tetiba budak tu main lari-lari, pastu  jatuh. Meraung ko.. Hahahaha.. Dalam hati i cakap, tulah.. kan dah kena bayar cash :p Ayra ada daulat. Ahaks.. Ee tak baiknya perangai, suka bila orang lain ditimpa benda buruk. Hati hitam. Ahaha.. tapi nak buat macam mana, i memang geram.. tapi ku fikirkan jiran je.. takkan la kita nak bermasam muka sebab budak-budak kan? Wak lek udah.. :)





Bagi orang lain apalah sangat benjol2 kan, tu pun nak kecoh. Heee.  Bukan apa, anak i memang lasak, tapi lasak-lasak dia tu.. memang jarang gila lah berlaku kecederaan... tu yang bila berlaku macam ni, i rasa sesuatu yang tak best. Rasa macam.... susah nak explain. Takpela, dah terjadi. Lepas ni berhati-hati jela.. Ingat, malang tak berbau.






-Gambar adalah sebelum kejadian. Main berdua je dengan Ayra. Gambar benjol ada amek gambar, tapi bila transfer ke laptop ni, tetiba jadi error. Malas nak cek kamera balik. Nantilah ku tayangkan. Hahaha poyo kan, anak benjol pun nak mengelabah. Argghh peduli! ;))

4 comments:

D Yatie said...

Eh. Kite pun gelabah tau kalau anak benjol. Pduli apa org nak cakap. Suka hati kite lah anak kite. N satu lg kte mg rs ralat sgt klo arissa cedera ats sbb dak/org lain. Kte xkn mrh dak tu tp marah kt mak pak dak tu. Haaaa....

Aty_Fared said...

Eee..aty pon geram gak kalau anak org buat anak kite..ni lg la sampai bertelur bagai..hiisshhh..eeaahh..batu api kah...hahaha-

Mimy Hamid said...

Fayel tu kena berdarah kepala aduyai kt tgn tok mak lak tu ..nk cakap apa huhuh

Nurul Aziz said...

Selalu kalau bebudak buas, memang tak salahkan budak tu pun, memang salahkan makpak dorang. Sebab bebudak apa tau.. makpak tu tahu anak nakal, kontrol2 la sikit..


Tapi takpela, benjol Ayra pun ada bekas sikit je lagi.. :) kena berhati2 jela pasni.. tak boleh la nk kurung anak dalam rumah je kan, kang tak bersosial lak.. :))

.