img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, June 17, 2013

Review Whoopee.

Ayra sudah sihat. Bangun pagi tadi pukul 9.30am muka ceria je. Alhamdulilah.. takde panas-panas badan dah. Syukur! Tapi pastuuuu hah! Mengada-ngada.. Kahkahkah.. takpe, mengada selepas demam, kita layan kan aje dulu.. biar dia perasan puteri raja dulu. Kasi can lah..


Okay, kali ni nak cerita pasal whoopee..


Sudah mencuba dua peket whoopee. Haha asal ayat macam pelik lak ni, sudah mencuba? kahkahkah..
So marilah kita buat review. Kihkih.. Kecoh je.. 


Ruam-ruam. Pernah.
Bocor. Pernah.


Whoopee tu takdela tak bagus. Okay la.. so-so.. berbaloi dengan harga. Hari tu beli kat expo satu rm25... harga kat luar rm30plus camtu la.. tak pasti sebab tak pernah beli pulak. Dahtu, macam belum meluas kan, tak semua tempat ada jual. Kedai ubat cina yang selalu beli susu Ayra tu takde jual rasanya.


Ruam-ruam tu pernah 3 4 kali.. tapi tak teruk. Ruam lite-lite.. takdela teruk merah menyala ke apa.. tapi still macam tak best la kan, walaupun bila pakai krim hilang, tapi krim yang ada kat rumah ni cuma krim bepanthen dengan dropolene.. bukan yang mahal2 tu.. krim tu kan akan menghakis kulit... tak bagus guna selalu.. lain la krim yang mahal2 yang natural tu.. apa ke nama nya ntah.. :p


Bocor tu... kencing. Berak tak pernah.. Tapi macam jijik sikit, kalau berak tu, kat belakang tu macam nampak.. tak tembus, tapi nampak, faham tak? hewhew.. apa benda laaaa aku cakap nih!


Yang kencing sampai  bocor tu, sebab.. lambat tukar. Hehehe. Standard la tu... Pernah jadi dua kali...
1-Dari petang, sampai ke malam keluar.. so macam terlupa nak tukar pampers Ayra, tu yang eh eh.. skirt Ayra dah basah kenapa ni.. tembusss sudah. Maka berhenti la kereta kat bus stop area ijn (ijn ke? ahh situ2 la..) semata-mata nak tukar lampin anak.. :p
2-Kes takut pampers tak cukup.. sebab tak perasan dah nak habis, pagi time subuh tak tukar.. dari malam sebelum tidur.. sekali.. bila dia kencing dlm buai, habis mcm air paip air kencing tu.. mececeh-ceceh tembus.. wahaha.. 


Rasanya, Ayra okay je pakai apa jenama pun.. asalkan bukan plastik.. kan ada yang jenis plastik, tak serap peluh.. yang tu la kot penyebab ruam rasanya... sebab dulu ada jiran i bagi diapers jenis plastik tu, Ayra pakai mesti ruam.. huhu berkuwap kot.. padahal pakai sekejap je.


So far tak pernah lagi beli cap tesco giant apa semua tu.. teringin gak nak beli. Sebab murah kan. Tengok orang lain lek je beli untuk anak dorang... tapi bila fikir-fikir balik... Ayra sekarang pakai drypers.. bukan mamypoko ke apa, bukan mahal pun.. L68 baru rm32.50 kat NSK :P haha kalau kat kedai ubat cina rm32.90.. muahaha 40sen pun berkira! coii.. pastu, lagi nak carik yang murah, pastu kang tak sesuai? Sendiri merana sakit mata tengok pepek anak merah-merah. Ehehe... :p Wan tak kisah pun anak dia pakai apa, kalau i cakap kita beli mamypoko, dia beli mamypoko lah.. dia apa tau? Hahaha tapi i kesian lah kan, lain la kalau i pun bekerja, ni i dahla tak berkerja, pastu siap sambung study.. tak guna loan lak tu... memang azab je.... takpe, azab sementara, nanti senang lah kan? insyaallah..  tapi susah susah pun takdela sampai kena makan megi, makan tetap macam biasa.. heheheehe.. alhamdulilah.. eh oot laks. :p.


Budak kecik tu memang berchenta jugak la nak pakaikan dia lampin pakai buang (hahaha lampin pakai buang.. erk??!). Baru nak baringkan, dia dah bangun berlari. Sabar jela. Kadang tu takde sabar, ku biarkan je dia melalak sekejap sap sap lekat kan lampin. Hihi. Pantas.. Nak pakai jenis pants, i lak tak suka. Padahal pants memang menyenangkan, sarung je. I tak suka sebab nanti kena koyak nak lekat balik acane? huhu.. tapi yang mamypoko apa ntah tu, ada je kan boleh nak lekat lepas kita koyak. Takpe, sebab diri sendiri tak suka, merasa la berperang dengan Ayra time tukar lampin. Hihi. Hal kecik je.. pejam mata. 


Ni Ayra tengah tidur ni. Kerja rumah semua dah setel. Masak nasi, panaskan lauk semalam, dah lunch. Nak basuh kain, dalam washing machine tu ada 4helai baju je.. tak berbaloi... membazir air. Sebab malam tadi dah basuh kain tu yang siang ni lek je.. cuma karang nak kutip kain-kain malam tadi tu kat ampaian.. pastu sesi melipat. Okayla, baik segerakan buat kerja cepat-cepat, kang budak kecik ni bangun.. nak kena main sepseptomtom laks. Hahaha.. Online bebila pun boleh. Bai.

















3 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

at least pernah cuba so dah tau kan..

CikNaa said...

haih,ciknaa ni klu kt umah kene bagi tab dulu bagi dia nengok katun baru bleh pakai pempes dgn aman..now, try pants mamy poko.. aman donia :)

Nurul Aziz said...

Tula dah cuba, so-so jela untuk Ayra, untuk orang lain taktahu pulak.. tapi dengan harga rm25 untuk 60pc, memang worth it la..


Aah pakai pants, senang kan.. tapi tulah, kita macam fussy sikit tak berapa suka sbab nanti takleh lekat balik..

.