img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, June 7, 2013

Kalau Ayra ada adik.



beza sangat kulit. sorang kelabu.. sorang putih. hahaha! takpe la ra, hitam manis, seksi kan? nanti dah besar boleh je putih2 :p

Beza umur memang setahun, Ayra 26Jan 2012, baby Qayyim ni 20Jan 2013.. 
Siapa yang ada anak setahun sorang tu, macam ni la kot keadaannya? 
Hehe..


Ayra memang penjeles sikit kalau ada budak lain. Hehe. 
Kang tetiba dia lak over datang kat kita. :)


I rasa, memang tak boleh kot nak handle dua orang budak yang beza umur sikit-sikit macam ni.
Tapi biasalah, sebab bukan anak sendiri.. memang lah cakap tak boleh kan. Sama kes jugak, masa Ayra belum lahir.. selalu je terfikir reti ke nak jaga anak.. tahu ke nak tukar diapers anak.. bla bla.. tapi bila Ayra lahir, automatik tahu sendiri. Hehe.. 


Tu yang kita tengok anak orang tu rapat-rapat, boleh ke dia nak handle bla bla.. boleh je kot. Sebab anak dorang kan? Mesti boleh punya... kita sendiri pun, kalau kat batang hidung sendiri, sure boleh jugak. Tak kenal, maka tak cinta. Eh macam tak sesuai pulak peribahasa.. hehe.. :p


Anak rapat, anak jarak-jarak.. semua ada pro and cons. 
Macam i, anak sulung.. beza dengan adik i.. 7tahun.
Selama 7 tahun i macam anak tunggal.

So, boleh tak bayangkan bertapa menyampah nya i bila tetiba ada budak kecik lain?
Haha.. takdela, tapi serius ni,  i takde perasaan menyampah pun bila adik i tu lahir. I lek lek je... takde perasaan. Hahaha.. i memang bangsa takde perasaan sejak kecik :p


Tapi adik i yang last.. kiranya adik yang lagi sorang.. time dia lahir tu umur i 12 tahun, yang sorang lagi tu 5tahun..adik i yang time tu umur 5 tahun, memang jelesssss gila kottt. Serius! Dia macam takleh terima dia ada adik.. wakakakaka.. tah apa-apa je. Puih! 


Mungkin sebab i sorang perempuan, so takde saingan, so nak jeles apa kan? kahkahkahkah.. 


So, kat sini apa yang i rasa..
Kalau anak tu lahir jarak yang dekat-dekat.. makbapak memang la cam penat sikit nak jaga. Tapi anak tu akan membesar bersama-sama, sure akan rapat.. kamcing segala.


Kalau anak tu jarak jauh-jauh.. nanti ada tendency anak yang tua tu akan jeles kat adik. Pastu dorang pun tak sama usia, sorang dah remaja, sorang baru kanak-kanak... macam mana nak geng kan?


Motif entry ni?
I nak anak ramai-ramai. Hahaha dah berjuta kali rasanya i cakap camtu.. :p takpe kata-kata tu doaaa.. :))



I ni kan, kadang tu ada gak datang bongok.. eh, bukan hari-hari kau tak center ke? :p i boleh cakap kat Wan, ntah-ntah i ni mandul. Hahaha bodoh gila kan? Pastu Wan pun jawab la.. kalau mandul, Ayra tu apa? :// Pernah jugak i terfikir, ntah-ntah i khunsa.. dua alam..  kalau tak khunsa, ntah-ntah i ni lelaki tapi banyak hormon wanita.. Bangang gila kan!! Hahahaha.....   i pun taktahu la apa penyebab jadi mereng sampai fikir camtu.. muahaha..


Tapi walaupun nak anak ramai, harap-harap.. biarlah kualiti seiring dengan kuantiti. Huhu ingat senang ke nak jaga anak, nak bersalin memang lah sakit, tapi nak jaga anak dengan betul-betul lagiiii lah sakit.. bukan sakit kena toreh ke apa.. maksudnya, berat kot tugas tu.. kan.. nak corakkan sehelai kain putih tu jadi hitam ke,  pelangi ke, pink ke.. silap langkah, sesal tak berguna. phew, betullkan selendang. kihkih.. bercakap bajet ustazah :p


Okayla, selamat berhujung minggu. ;)




6 comments:

Wawa said...

annaila sgt penyanyang...Nampak budak, "muahhh".
sume org duk kata, dah boleh bg adik ni....aah maknye dah ready je nak tambah...tp rejeki tak sampai2...sobsss!

Wawa said...

annaila sgt penyanyang...Nampak budak, "muahhh".
sume org duk kata, dah boleh bg adik ni....aah maknye dah ready je nak tambah...tp rejeki tak sampai2...sobsss!

Wawa said...

annaila sgt penyanyang...Nampak budak, "muahhh".
sume org duk kata, dah boleh bg adik ni....aah maknye dah ready je nak tambah...tp rejeki tak sampai2...sobsss!

Aty Fared said...

Aty pon nak anak ramai...tp taknak beranak dekat2..tapi dah tua...haaaa acaner tuh..heheh...

Nurul Aziz said...

Wah dah ready nak bagi Naila adik eh.. kihkih.. boleh la, baby 2014.. kira beza dua tahun kan.. kita ni belum ready..


Ha samalah, nak ramai tapi taknak dekat-dekat sangat.. taknak jauh-jauh sangat, just nice aje. tapi kes ayra ni, kalau dia nak adik, memang kena tunggu maknya habis belajar dulu.. mungkin 3-4tahun lagi.

diary_ciknaa said...

eee.. cenggini la kot abg long afiq de baby nanti kan.. hihi.

.