img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, June 5, 2013

Kurang air masak agaknya.

Sejak Ayra sembelit tu.I dah kurang bagi dia minum susu. Kalau sebelum ni, tiap kali dia nak air, memang i bagi susu je.. takde air lain dah.. tapi kena tanya dia dulu la, betul ke nak susu? Kalau dia betul-betul nak, baru la buat, kalau tak kang.. dia main-main je.. Kalau sebelum ni mungkin 5-6 kali sehari (masa tu i rasa macam Ayra kurang je minum susu)..Sekarang ni, i bagi dalam 4botol je sehari. 


Dulu.. lama dah.. jumpa pakar nutrisi dari enfabrands.. ada la bagitau.. kalau budak tu minum susu enfa ni..  kita bagi 3/4 botol sehari pun dah cukap. Sebab kandungan dia memang dah macam-macam. Budak tu taknak makan nasi banyak-banyak pun takpe, cukup je khasiat bla bla.. 


Pastu, Wan dengar auntie dari enfa tu potpetpotpet.. dia pun memang lagi semangat la anak dia minum enfagrow.. Auntie tu cakap, anak-anak dia ada yang minum s26gold.. ada yang minum enfagrow.. perkembangan dorang tu memang nampak berbeza.. yang minum enfagrow cepat sikit kalau berbanding s26gold.. Pastu sekarang ni s26gold kan keluaran wyeth dah bergabung dengan nestle.. nestle kan israel. Hahaha tetiba.. poyoo padahal semalam kau makan mekdi kan? :// okaybai.


Satu botol susu enfagrow, bersamaan 3 botol s26 gold.... lebih kurang camtu la.. so kiranya, kalau susu lain, kena minum banyak2 baru la dapat khasiat yang sama.. tapi auntie tu cakap, s26gold memang terbaik jugakla.. sebab susu tu memang dah lama jugak. Lama eh? I pun taktahu.. i cuma tahu susu tu baru-baru jugak, kenapa Ayra minum susu tu pun i dah lupa. Oh, ingat dah, sebab i tengok anak jiran i minum susu tu, pastu macam bijak je.. tu yang tiru jugak. Hahaha!! Nasib baik sesuai dengan Ayra.. :p


Tapi bagi i pulak, s26gold (i lupa la kalau nama yang ikut step tu.. ada promise, promil.. serius lupa..) pun bagus jugak. Ayra minum tu okay je... dari kecik sampai lah umur setahun.. tang berak lak, walaupun berak selang sehari.. tapi najis okay je.. hehe...  Orang cakap, s26 boleh mengemukkan badan.. ntahlah.. Ayra takde lak debab, besar tu adalah.. besar takleh buat apa lah kan, sebab dia memang rangka besar.. ikut bapaknya kot.. kikiki.. Tapi dia kulit dia jenis tegap pejal2 camtu.. takde gedebeh2.. hihi.


Apa-apa kita nakkan yang terbaik kan, so.. mana yang mampu tu.. kita usahakan lah..  Lagipun.. bila dah step 3 ni.. harga susu dah murah sikit.. kiranya kalau Ayra minum enfagrow ni.. lebih kurang je kos dengan Ayra minum susu s26gold step 2 dulu..  Tapi walau macam mana nak yang terbaik pun, kalau anak tu tak sesuai, sesuai yang biasa-biasa je.. kita ikut jela.. huhu.. Jangan nak obses paksa-paksa lak..wuuu..


Susu hanya membantu, apa-apa pun kita as makbapak kena la mendidik budak tu jugak. Jangan la nak harap susu je.. didikan comes first... banyak lagi faktor sekeliling yang membentuk tumbesaran kanak-kanak tu.. kan..


Ohye, i dah jumpa cara yang boleh membuat Ayra minum air masak dengan banyak.. hehe. Kacang goreng je.. isi dalam botol susu! hihih.. sebelum ni kan budak tu kalau minum air masak mesti nak dalam botol air masak dia je.. tapi i perasan, dia memang kurang dah minum guna botol air masak tu, sekali dua kali je sedut camtu.. tapi bila i masukkan dalam botol susu, habis lak.. so, okayla tu kot?


Buat masa sekarang, time malam (kalau ek ek time tidur), i bagi dia air masak jugak.. hahaha.. ni malas nak bancuh susu ke apa? :p takdela, i nak betullkan balik air dalam badan dia tu, takmo dia sembelit-sembelit.. lagipun, melalui pembacaan i yang tak berapa sangat ni, budak umur setahun bangun tengah malam tu bukan nak susu pun sebenarnya.. takyah bagi susu pun takpe.. tapi sebab macam waswas jugak, tu yang dah setahun pun.. dia ek ek.. i sumbat susu je.. takpe, kita tengok dulu camne pasni.. berjaya ke tak Ayra takyah menyusu time malam.. kalau berjaya, kiranya Ayra dah big girl lah... kikiki.. tapi kalau tak bangun memalam lagilahhhh big girl.. :')


Lagi satu, ni petua oldskol gak la.. hari tu balik kampung, nenek i amek daun keladi, letak kat kepala Ayra.. time dia nak meneran tu.. pastu selawat-selawat sikit.. mengejutkan, selambakkkk kooo Ayra berakkk.. sampai keatas-atas.. nasib tak tembus.. :p tapi tu usaha jela, takyah nak percaya sangat, kang jatuh khurafat lak. Tapi ni kat sini, celah mana nak carik daun keladi?? Kalau kat kampung senang ahh.. belakang rumah je.. Huhu.. 





Budak besar tidur memang begini. Sopan sangat.. Hahaha.. Siap mulut ternganga lagi.. penat sangat agaknya membajak sawah :))




2 comments:

D Yatie said...

Petua org tua mmg byk yg 'berhasil' kan? Sian klo ank kna smbelit. Arissa mngis2. HuhU. Tp arissa kuat minum air msk jg tp dia kna sembelit gk. Huhu. Since that arissa byk mkn buah. Alhamdulillah. Kdg2 taik selambak betik saje (favorite arissa). Hihi.

Nurul Aziz said...

Ayra tak suka betik.. kita bagi, dia buat muke yekk sambil jelir-jelir lidah.. mengada je tak suka betik huhuhu..

.