img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, June 26, 2013

Tujuh belas bulan.

Ayra dah tidur. Awal pulak dia nap tengah hari ni.. Pagi tadi bangun pukul 8. Bangun sebab nak berak..Hari ni 26hb, ulangbulan Ayra yang ke 17bulan/setahun lima. :)


1- Taknak berak dalam pampers. Kalau nak berak, mesti nak berak dalam bilik air.  I sebenarnya risau gak, kenapa dia macam tu.. tapi mak i cakap, mungkin sebab dia dah besar, tak selesa kalau ada bendasing dalam pampers.. berak jela taknak dalam pampers tu, kalau kencing pun dah reti bercakap kan lagi bagus? Terus takyah pakai pampers.. hikhik. 


2 - Masih belum bercakap dengan fasih. Pelat-pelat je lagi. Tapi boleh la dari takde kan? Ntah bila la nak bercakap dengan lancar. Tapi macam takyah nak risau sangat kot, sebab selalu bebudak bercakap dengan lancar bila umur dah 3tahun camtu kan? Ayra baruuuu setahun lima bulan, jauh lagi perjalanan. :)


3 - Arahan semua dah boleh faham dah. Tapi kadang tu datang peel dia, dia buat sardin je apa kita cakap, dia cuma balas.. ha.. ha.. ha.. Annoying kot bila respon camtu, tapi sebab dia masih kecik.. annnoying tu bertukar jadi kelakar.


4 - Kalau nak mintak apa-apa yang dia taktahu nak sebut.. dia akan sebut 'ni. ni.. ni'.. sambil tangan tunjuk benda tu. Macam salah je, patut sebut 'tu?' kan? Takpela.. tapi kalau benda dia tahu, dia sebut la nama benda tu. Macam hari apa ntah, dia nak makan scot emulsion dia tu ha.. i bagi dia yang jenis pastil.. kan macam gula-gula.. sibuk la sebut nak goyo nak goyo.. korang agak apa benda goyo? i pun pending.. rupanya, goyo=gula-gula. 


5 - Kalau i nak pergi mana-mana, contoh la dia kat ruang tamu, i nak buat kerja sikit kat dapur.. takpun dia dalam bilik ke, i nak g dapur.. or apa-apa lah.. kena buat perjanjian dulu dengan budak kecik tu. Kalau i main pergi camtu je.. konfirm dia melalak. Kena cakap la nak pergi dapur jap, nak buat itu ini. Ayra duduk elok-elok ye, main elok-elok.. sekejap je.. janji? jangan nak buat benda pelik. Hehehe.. Memang camtu la dialog i dengan dia, taktahu la dia faham ke tak, tapi benda tu berkesan. Insyallah dia boleh main sendiri.. :)


6 - Ayra kalau dengar azan, dia sibuk nak azan jugak.. berlagu-lagu mengikut.. kalau sembahyang lak, dia cuma reti sujud jela.. hehee.. kadang tu sebelum i sembahyang, i pakaikan dia telekung dulu.. i cakap okay Ayra solat dulu eh.. nanti jangan kacau tau.. so dia sujud2, tongeng2.. pastu i bukakkan telekung tu, dia duduk tepi, tengok je i sembahyang. tapi kadang tu datang peel, dia slumber je peluk kaki lah, duduk tengah sejadah la.. sengih-sengih la.. sabar jela aku.. takpe, sekurang-kurangnya dia tak nangis tengok orang pakai telekung. ada je budak takut tengok maknya pakai telekung kan.


7 - Kalau i sebut Ayra baca ABC.. dia akan lari masuk bilik, kat i tampal ada abc tu ha.. pastu sebut A.. C.. Dia boleh je sebut hampir semua huruf, tapi malas.. takpela, takkan nak paksa kan? takde sape peduli pun bila dah besar nanti kau hafal abc masa umur setahun ke apa.. bila dah besar, yang penting nya tahu membaca.. sudah.. hihi.. tapi kalau dia cepat tu, bonus lah.. :) Mengira pun ikut kita jela boleh, kalau kita sebut satu, dia dah dua dah.. kalau dia sendiri-sendiri belum reti lagi.. slowslow.. cuma kalau mengira tu poyo sikit lah, siap dengan jari lagi.. padahal satu, tapi jari tunjuk lima.. 


8 - Dulu tak reti nak main tedybear apa semua. Siap geli-geli lagi kalau kita bagi tedybear. Tapi sekarang dah ala-ala girlie pulak. Tedybear dia panggil bearbear.. tapi kadang dia panggil bibi (baby).. dah pandai la main-main.. pakaikan pampers lah, bagi susu lah, tidurkan la.. amek bantal baringkan bearbear.. mengelabah. I perhati je apa dia buat.. lawak kot. Nak babyalive ke Ayra? Tapi babyalive mahal. Main jela tedybear2 mak kau ni.. barulah rare.. turun temurun.


Kadang tu kalau benda yang kitorang macam tak sangka Ayra boleh, or benda yang dia baru belajar... i tengok Wan, pastu Wan tengok i.. pastu kitorang macam wah.. kagum.. taktahu la Wan macam mana perasaan dia, tapi i punya perasaan sudah tentu la kembang setaman. Mak memang selalu over lah kan, tak dapat dinafikan.


Tu jela kot. Nak taip secara detail tu, rasa macam poyo lak.. Tapi takpela, asalkan ibu tahu anak ibu macam mana. Kan Ayra kan? Hihi. Semoga membesar dengan sihat dan cerdik. Happy 17months :)) I rasa i gigih sampai umur yang masih boleh dirkira bulan nya.. kang kalau masuk 3 4 tahun dah beratus bulan, takde dah gigih nak up entry semua,.. tu setahun sekali sudah. Takpun time tu gigih up perkembangan adik Ayra lak. Okay, sangat tak kelakar, bai.










8 comments:

jaja_NorLiza said...

comel..bagus la ayra dah boleh sebut semua ABC..anak akak nak masuk 3 tahun pon tak fasih lagi...

haa.. yg time nak berak gi bilik air tu.. yg paling akak kagum..terer ar ayra ni..kecik2 dah pandai..

*arissa dah free diapers..tp time nak berak mintak pakaikan pampers..acaner tu???..

Mimy Hamid said...

sebaya Fayel ni :))

With Julia said...

happy 17 month ayra...besarrrrrrrr sudah dia hehhe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

setuju part yg kecik lg so tak kisah la dia pandai atau tak sebut semua huruf, nombor tu.. sebab besar nanti dah sekolah mesti boleh kan. perkembangan Ayra ni kira seiring sejalan lah dengan usia dia.. bab geli berak dalam pampers tu, lagi bagus. senang nanti nak toilet train

Aty_Fared said...

Cerdik lah.....

hayati hashim said...

Yg no 1 tu terbalik ngn adam. Dia dh x pki pampers tp bla nk apoo kena pakaikan pampers. X nk la apoo dlm toilet. Mujur pakai cd. Klu x sia2 mommy kena buang 50sen pampers smata utk dia apoo.

Salam kenal ayra :)

Fara Dilot said...

Ayra.. anak I takot klo I pkai telekong.. buntu rase sbb die akan nanges meroyan2

Fara Dilot said...

Ayra.. anak I takot klo I pkai telekong.. buntu rase sbb die akan nanges meroyan2

.