img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, June 28, 2013

Luahan perasaan.

Sebenarnya ada orang dah buat kita geram marah bengang, tapi takpe,bersabar jela selagi mampu, kalau tak mampu nanti kita iktihar la cara macam mana yang terbaik.Tutup cerita.


Sikit pasal Ayra.

Alhamdulilah Ayra dah kembali nak makan macam dulu. Takdela sengsara nak suap dia 2 3 suap dah taknak. Sekarang dah tong sampah balik. Suka. Suka. Suka. :)


Minum susu pun macam biasa walaupun dah makan banyak. Macam siang tadi sampai ke saat ni (ayra dah tidur dah ni).. kira untuk hari ni 4botol 8oz.. banyak ke? Takdela kot. Malam kang jap lagi konfirm nak susu sebotol lagi tu. Takpe, minum jela nak macam mana pun. Asalkan menyusu. I kalau boleh nak anak minum susu sampai lah besar. Tapi takdela sampai dah sekolah pun masih berbotol, tukar la guna cawan kan. Macam i dulu, minum susu sampai darjah 1.. berbotol tau. Teruk je peel, bila botol kena sorok, tukar minum guna cawan.. tu yang berhenti minum susu. hehe.. err susu Ayra dah nak habis ni.. minggu depan kena beli. takde dah stock kat rumah.



Esok kan konon-kononya nak perfgi cameron, tapi tak jadi. Nak pergi dengan pakcik-pakcik i.. dorang jadi je pergi, tapi family i tak jadi nak pergi pulak sebab ayah i kerja lah pulak esok sekerat hari.  tapi takpela tak kecewa pun, nanti ada la kot rezeki nak kesana, i bukan minat nak beli sayur mayur semua tu. tu yang takde rasa apa-apa.


Pastu mak i adalah ajak g jalan tar esok, nak mengcuci mata sambil mengcuci poket, tapi tu tengok la acane esok. Sebab poket i takde duit berkepuk-kepuk.. kang nak berjalan pun tak syok, buat sakit hati.. huahua.. 


Pastu lagi, esok member ada buat kenduri kesyukuran, dekat je pun. Member baru habis study, baru balik dari bandung syokk oo pertukaran pelajar ke apa ntah.. tapi tu pun tengok la macam mana esok.. sebab macam i cakap awal-awal tadi, ada orang buat i sakitttt hati sangat, i rasa nak terperuk dalam rumah je buat masa sekarang.. merawat hati yang luka, ewah! hehehe.. bunyik macam dah parah sangat ni.. ekekeke...


Okayla, nak tengok raja lawak final.. nama je raja lawak, tapi tak lawak mana pun so-so jela.. penutup macam biasa ku tempek gambar Ayra berjuta-juta kat bawah ni.. saksikan lah.. hihi. gambar petang tadi, kalau nak ikutkan memang malas nak bawak Ayra keluar, tapi macam kesian lak, dah la member tu tadi jatuh buai. Bukan buaian dia, ni buai orang dewasa.. ada buai depan rumah, dia nak naik sendiri, sekali.. adeh jatuh.. nasib takde apa-apa..


 Lawa tak rambut Ayra? :p

Versi full. :)

1 comment:

With Julia said...

Ayraaaaaaa, good girl...besar dh dia :)

.