img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, August 27, 2013

Sembelit berdarah.

Hi! Baru balik dari berjalan-jalan. Kakakaka berjalan-jalan lah sangat padahal beli susu anak je pun. Boleh la.. keluar la jugak kan :p kesian kan? duduk terperuk je dalam rumah hihi. Beli susu s26gold 1.2kg dapat free box menan dua, tapi kecik jela box tu.. kecik tak kecik, i suka je benda-benda free ni..  ;) 


I  ada benda nak cerita, tapi asyik tertangguh ajew.. ni cerita sabtu yang lepas. Dah berapa hari, err 3hari je baru. Tak basi lagi. :p


Sabtu tu memula Ayra pergi kenduri kahwen, pastu pergi Damansara amek buai kat rumah pakcik i. Kira beraya sekali lah tu. Macam biasa je. Ohye sebelum tu malam tu, pergi beraya ke rawang. Rawang kan besar *matakeatas*.. kat area taman pinggiran pelangi.


Masa malam tu nampak la Ayra macam nak berak. I dah gelabah kucen gak la, malasnyaaaa.. berak kat rumah orang. Ayra cuma nak meneran-neran gitu, pastu tak jadi. Dia sangat hyper malam tu. Sampai Wan tanya, kenapa Ayra begitu? Ntah........... suka kot pakai baju baru. HAHAHA..


Siangnya, pagi bangun tidur.. Ayra meneran-neran lagi. Tapi hasilnya takde. I biarkan je. Memang selalu waktu Ayra membuang adalah masa pagi bangun tidur. Hehe.. So macam biasaa keluar jela beraya tengah hari tu.


Balik rumah petang, dia meneran-neran lagi. Kali ni tak lehh jadi, bawak dia masuk bilik air. Paksa berak. Berak pun nak paksa :p hewhew. Berdrama la dalam bilik air tu.. meraung-raung..I dah macam aneh... apahal ni? Sejak minum s26gold balik, Ayra memang membuang macam biasa je, takde dah sembelit ke hape.. 


Pegang-pegang, mak aih! Keras gila.......... padanlah. Sah! Sembelit teruk. Padahal baru hari sabtu tu jela dia tak berak.. Jumaat dia berak macam biasa. I tonggeng-tonggeng kan dia.. sekali tengok bontot.. darahhhhhhhhh!!


I dah gigil dah, air mata dah menitik... takut!  Takdela banyak pun darah tu, kiranya kat 'kepala' najis tu je.. tapi heloo? darah kot. tak pernah terjadi sebelum ni............. i memang takutttt! tapi dalam kepala otak cuma fikir takut tak takut, aku kena jugak keluarkan taik tu. So, apa lagi.. kita korek! Yeeeeee! I korek taik anak sendiri. HAHAHA geli? Geli tak geli la.. anak aku kan.. #pengorbanan seorang ibu #mengorek taik wkaakakaka.. eh gelak? macam bukan dia yang nangis hari tu kekeke..


Pas dah korek tu.. barula Ayra boleh keluarkan yang selebihnya. Gila besar!! Panjang, besar, keras. I nak amek gambar, tapi macam bengong lak amek gambar najis. Hahaha tapi tu kenangan kan?? :p


Lepas je berak tu.. Ayra memang dah lembik habis.. berjalan pun dia taknak, duduk senyap je.. nampak muka dia cam lemah. Siapa kenal Ayra, tahula dia tu mana reti duduk diam. Huhu.. Sebab tu i kurus :p kakaka takde kaitan tetiba sangat. Tapi serius, Ayra memang hyper sikit, aktif.. takpe i okay je dengan keaktifan dia, budak nak membesar camtula.. :')


Lepas je kejadian tu, i puaslah fikir kenapa.. kenapa boleh jadi camtu, kenapa sampai jadi camtu.. bla bla.. baru teringat! Ayra makan almond london dengan rakusnya dan banyaknya. Coklat kan? I memang dah lama perasan, tiap kali Ayra makan coklat walaupun sikit, najis dia akan jadi keras, tapi tak pernah la sekeras camtu... huhu.. tapi sebenarnya, i ada bagi dia try susu activgold, sample la.. saje nak try.. takkan la kot? dia minum sikit je.. arghhh pening-pening.


So lepas ni. Walau apa jua keadaan, walau ribut melanda taufan gempa bumi ke apa.. no more chocolate untuk ayra. ceh! tekad sangat bunyiknya.. hihi padahal anak ek ek sikit mintak terus cair nah amek la.. amek.. makan gitu :p muahaha.. tapi takdela sampai tua kot, kang kalau sampai tua tak makan coklat, tak best la hidup kan? tunggula dia besar sikit, perut dia dah boleh menghadam semua benda dengan sempurna, ha time tu makan la apa pun. :')


Hari ahad dah berak normal macam biasa. Sabtu tu je buat hal. Kasi saspen, rasa nak tercabut jantung tengok darah. Hahaha cakap jela kau memang takut tengok darah nurul oi :p takyah nak over sangat perumpaan tu.. takut tengok darah satu hal, tapi najis berdarah adalah sesuatu kan? siapa je yang akan buat rilekk je? mesti cuak punya.


Dah tu je, melaporkan. Jap lagi kalau cuaca tak terik sangat nak bawak si kecik main kat playground. Kalau rajin. Kalau tak rajin, kita layan candy crush jela eh? Duh! Baru level 105.. kakaka gila lembsss kan? takpe pelan-pelan..












7 comments:

D Yatie said...

Arissa hri tu pn ad jugak kena sembelit smpai ad darah gitu. Adik ipar iols kesian tengok ank sedare nyer meneran. Huuuu.

SyimaSyaz said...

ayra dia hype sbb makan coklat... coklat tu manis, sugar high la tu.baby kalau terlebih gula akan hype..

Umi Qi said...

Coklat ye? Baik umi Qi pun kena jaga2 bila nk perkenalkan makanan baru utk Qi...takut masalah inilah dear...antara cirit dan sembelit...fuh sampai berdarah ya Allah...kesian Ayra

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

phew mesti sakit kan, kita yg dewasa pun semeblit hazab nak keluarkan.. okay Ayra, no mroe chocolate sampai masa nya ! :)

Cik Puan Rara said...

princess pakai dutch baby langkah 2,so far ok je =) tu sbb rara takut nk tukar susu.

Nor Shafina Binti Mohd Din said...

Samalah kita nurul, anak fina xleh minum milo atau coklat .. kalo minum jugk siaplah.. betul tu.. kene pantang dulu.. bg usus matang sikit. anyway thanks atas perkongsian..

suhailey mohd noor said...

Ngeri baca tau.sampai macam tu sekali.memang patut tak kasi coklat jugak.huhu

.