img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, August 28, 2013

Masih berbuai, masih berputing.

Puting dan buai. Dua benda ni adalah sahabat Ayra. Muahaha.. Dulu masa mengandung konon taknak anak berbuai, taknak ajar anak berputing. Tapi semua tu.. kau ada anak dulu baru cakap :p gitu.


Ayra dah besar kot. Dah setahun tujuh. Sepatutnya, dah boleh lepaskan dua benda tu. Tapi takboleh, Ayra masih memerlukan. Ke aku yang tak kental? orang cakap nak ajar anak kena kental, ni anak ek  ek sikit, nah amek la puting, okay jom masuk buai.. acaner? hihi


Dulu masa kecik-kecik, mak i la suruh beli puting, i mana tahu apa.. stress kot anak sikit sikit nak melalak je, sepanjang masa nak susu :p hahaha.. so kita sumbat puting walaupun memula Ayra cam geli geli takmo. arghhh takde takde sumbat jugak.. kakakaka.. kesudahnya? sampai sekarang ko berputing.. tapi time nak tidur jela.. time minit-minit nak melelapkan mata tu je.. selagi takde 'ating'.. selagi tu la dia berzikir ating ating.. haha.. dahla sebut pun tak betul :p 


Kiranya takdela teruk sangat tebiat berputing ayra tu, takdela 24jam nak menyumbat dalam mulut je. tapi stil arghh dah besar malu la....kalau boleh time tidur pun takyah! hihi.. tapi ada orang cakap better puting dari isap jari? sebab puting boleh sorokkan, jari? ntahla.. sama je, kang jongos T_T


 Sekarang Ayra guna puting ni la. jenama tomme tippee, glow in dark. -gambar google. Sebenarnya puting kosong ni macam puting botol kan? kena tukar tiap 3bulan jugak? ke takyah?




Buai lak, tidur siang memang i masukkan dalam buai, jarang la dia tidur kat tilam aje. Malam baru tidur kat tilam macam biasa. Tapi tu pun, kadang tengah tengah tidur dia mengigau.. terus sebut nak buai. Selagi tak angkat masuk buai, selagi tu jugak dia berzikir 'buai buai' huh! 


Boleh je nak tidurkan Ayra tanpa buai, kena gelap. Pastu biar je dia sendiri. Tapi tulah, bila ada masa tetiba tu kan.. yang dia mengigau nak buai. Kalau kita tak buai, selagi tu la dia protes, padahal bila masuk buai, tak sampai sesaat dah lena. Tak faham kan? Selagi kemahuan dia tak dituruti, selagi tulah dia tak puas hati, kot. Huh! Perangai..


I target, bila Ayra dah dua tahun, memang nak stop dia dari berbuai. I rasa budak dua tahun dah paham bahasa sikit. Senang la nak ajar. Huhu. Macam sekarang ni, Ayra masih dalam fasa kau kata jangan, lagi dia buat. Huahua....


Buat masa sekarang, gigih la mengangkut buai kalau balik kampung ke apa ke. HAHAHAH tapi i tak rasa leceh pun.. mak mithali mana pernah rasa susah pasal anak semua pun boleh saje.. ahaks! #poyo


 




7 comments:

Anonymous said...

ahaha.

akak ajar jugak 2 benda ni.
berbuai ngan puting.

tapi puting tak lekat.
buai tu untuk kemudahan mak abah dia je sebenarnya.
hahaha.

anak tak kisah pun tido memane.

jiran sebelah umah akak ni, anak dia dah 7 tahun, puting duk dalam mulut.
hahahaha.

tak tau nak respond camne.
mak dia tak kata apa, sapalah kita nak menyibuk.
gasak lerr..

sorokkan je puting ayra tu.
kang dia tanya, suruh la dia carik sendiri. hahaha.

hihihi *kejam mak kan*

ayahmamilisa said...

takpe nurul, slow2 kayuh..dah besar ayra mesti paham and automatically tinggalkan dua benda tu :)

D Yatie said...

Arissa rumah ibu dia, dia memang tdo pakai buai. Dengan kte, tak pun. Tak ada buai. tapi puting. Hari ni hari kedua dia tak pakai puting. Yes seriously. It is hard!! Mmg mak kena kental yang amat. Mak menangis2 sekali dengan anak. Isk. Isk. Isk.

as ♥ Leenda said...

ingat lagi masa nk pisahkan puting dgn asyraf hari tu..
nasib baik time tu cuti seminggu..
fuhhh berasap tangan ni dok pok pok bontot dia suruh tido..
memang dia merengek nk puting tu, tapi kentalkan hati tepuk bontot dia..
last2 tertido jgk..
dah mengantuk kan..
sbb nk pisahkan puting tu, dia punya gusi dah naik sikit..risau oooo..
alhamdulillah sekarang gusi ok semula..huhu...

Fifi Nadhrah said...

same la ufairah dalam bab buai.. tapi bile fifi takde la.. kire kalau tak dapat nenen.. balasannye buai.. sblm ni ok je.. tp sejak kebelakangan ni pandai mintak buai.. abah fifi duk ajar.. pasrah jela..

Cik Puan Rara said...

sama mcm rara,dulu masa preggy,sungguh sungguh azam xnk bg anak puting dan buai.tapi lepas dh ada anak.puting ku sumbat dulu.hahaha.tapi buai so far mmg xpakai.sbb gagah mak henjut pakai tangan.lenguh~ tapi demi anak.apa pon boleh.hahaha.

princess pon xleh xde puting! hehehe.

mmg puting pon kena tukar tiap 3 bulan.tapi kami tukar 4 bulan kot.hehehe.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Yana dah beli pun puting untuk 'dak kecik' wat standby, buai tu tak fikir lagi. tapi rumah mertua ada je buai kalau terdesak.

.