img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, September 4, 2013

Papa?

Dah 4x kali Ayra masuk bilik carik papa.
Pelik. Sebab Ayra bukanlah rapat pun dengan bapaknya tu. Apa-apa pun mesti nak carik i dulu dari sibapak.


Memula tadi,
1- dia ambil cawan pastu excited lariiii masuk bilik. tapi i dengar la bila masuk bilik panggil papa.
 i pun cakap la papa mana ada. cuba tengok kereta ada tak? pas dia tengok takde kereta dia okay.

Pastu i ajak dia menghadap laptop. I bukak fb, ada gambar Wan, dia punya eksited tak boleh bla. Menjerit-jerit terkjinja-kinja. Macam setahun tak jumpa  bapak nya. Hahaha.. Yang tak boleh bla. Siap macam nak berborak.. siap hi.. siap bye, siap kiss lagi.  Pastu keluar la bahasa dia acepebelalaoi..


2- Hujan, i nak kutip baju.. si kecik tu suka la bila bawak keluar rumah. bila masuk rumah terus masuk bilik.. jerit papa. pastu pandang i.. konon macam tanya bapak dia mana? dah sudah.. i tunjuk kereta lagi, takde kereta kan.. baru senyap.


3 - masuk buai.. dia cakap nak tidur, tapi tak tidur pun ni ha.. tengah-tengah nyanyi.. yang dia 'papa?'.. i pun cakapla papa takde, papa work. okay dia senyap. pastu tanya lagi.. 'papa?'.. i jawab papa mandi. tu ha dalam bilik air. terus dia sebut 'turun..' maksudnya nak turun buai. hahaha! gelabah i cakap, eh tak tak.. papa work... takde orang pun dalam bilik air.  berterusan la selama dia dalam buai.. last-last i cakap, ayra taknak tidur kan? turun lah.. kita main. :/


4- lagi sekali dia masuk bilik, bukak almari baju, amek baju. yang ni i tak sedarrrr..  i ingat dia masuk bilik main-main je.. rupanya dia amek baju? hahaha! i kat ruang tamu.. dia seret baju.... i pun dah nak angin dah.. penatttttt la nak kemas. rupanya dia nak bagi.. baju papa dia. erkk..


Awak ni kenapa Ayra? pelik pulak perangai hari ni.


Oh ye ni hampir untuk Ayra 'kemas'.. dia dah turunkan dah semua benda tu.. cuma belum sempat nak mengteraburkan. goodjob.. nasib baik i sempat menjerkahh perbuatan beliau..



5 comments:

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

D Yatie said...

Hahaha. Mungkin hari ni dia rindu papa dia. Mcm kita kdg2 tb2 teringat kt mak bapak kdg2 smpai nangis tak tau sebab apa. Hehe. Eh. Kita? Oh saya je kot. Ngeh3

Aty_Fared said...

Rindu betul ayra kat papa die.....:)

Aty_Fared said...

Rindu betul ayra kat papa die.....:)

Umi Qi said...

Ayra rindu papa ye...sungguh bertuah punya anak bernama ayra yg menghargai papanya...itulah anak dear...bila kita ada dia x tunjuk sygnya...bila berjauhan mmg rindu itu bertapa dihatinya...tetiba sedih...ayra syg

.